Bagaimana Kucing Secara Automatiknya Tahu Menggunakan Kotak Pasir?

Pemilik kucing semua mesti bersetuju yang kita tak perlu pun latih kucing menggunakan kotak pasir.


Sejak dari kecil lagi kucing domestik tahu gunakan kotak pasir. Tapi bagaimana kucing tahu nak gunakan kotak pasir tanpa dilatih pun?

Ini sebenarnya lebih kepada naluri haiwan itu sendiri. Menurut Jordan Cassidy, veterinar di PetSmart,

“Kucing mempunyai naluri untuk menanam najis mereka untuk menutup bau mereka dari haiwan lain”

“Melihat tekstur dan konsistenzi kebanyakan pasir kucing komersial, ianya menyenangkan kucing untuk menanam najis mereka, yang membuatkan kucing secara semulajadinya tertarik kepada kotak pasir.”

Jadi dari mula lagi kucing sudah tahu kotak pasir merupakan tandas mereka.

Ada kucing yang tak reti guna kotak pasir ke?

Menurut Dr. Cassidy perkara ini boleh terjadi tapi sangat rare!

Katanya,

”Naluri semulajadi kucing walaupun kucing terbiar adalah untuk menanam najis mereka dan menutup bau merek. Jika kucing anda tidak mahu gunakan kotak pasir penting untuk anda bawa kucing anda ke klinik untuk diperiksa.”

Apa punca kucing enggan gunakan kotak pasir?

Jika kucing anda selama ini gunakan kotak pasir tapi tiba-tiba sahaja enggan gunakan kotak pasir. Bukan kerana kucing lupa ya tapi sebenarnya terdapat banyak masalah disebalik tingkahlaku ini.

Kata Dr Cassidy,

“Kotak pasir mungkin terlalu kecil, atau berada di kawasan yang sesak sehingga sukar untuk diakses.

“Litterbox juga mungkin terlalu kotor kerana kita tahu kucing adalah haiwan yang pembersih.”

Menurut Dr Cassidy lagi terdapat tingkahlaku dan masalah kesihatan yang menyebabkan kucing enggan menggunakan kotak pasir.

Jika anda sudah membersihkan kotak pasir, sudah menyediakan kotak pasir yang saiz lebih besar dan letak di tempat yang lain tapi kucing anda masih enggan menggunakannya, dia menyarankan untuk anda membawa kucing untuk pemeriksaan.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment