Bagaimana Kucing Melihat Dunia Berbanding Manusia?

Mesti kita tertanya-tanyakan macam mana kucing lihat dunia ni?

Untuk artikel ni MM akan mengupas dan tunjukkan pada anda bagaimana penglihatan kucing berbanding penglihatan manusia.

  • Perbezaan terbesar antara penglihatan manusia dan kucing adalah pada retina.
  • Kucing tidak boleh mengenalpasti warna seperti manusia.
  • Kucing tidak boleh melihat objek yang jauh sama seperti manusia.
  • Kucing mempunyai kelebihan untuk melihat di dalam gelap berbanding manusia.

Apa yang kucing lihat?

Artis bernama Nickolay Lamm berunding bersama tiga pakar untuk menghipotesiskan  bagaimana kucing melihat dunia berbanding manusia.

Perbezaan terbesar antara penglihatan manusia dan kucing adalah pada retina, satu lapisan tisu pada belakang bebola mata yang mengandungi sel yang bernama fotoreseptor. Fotoreseptor yang diproses oleh sel saraf, dihantar ke otak dan diterjemahkan ke dalam imej yang kita lihat.

Terdapat dua jenis sel fotoreseptor yang dikenali sebagai rod dan cone. Rod bertanggungjawab untuk periferal dan penglihatan waktu malam. Sel ini mengesan kecerahan dan bayang warna kelabu. Cone pula bertanggungjawab untuk penglihatan waktu siang dan persepsi warna.

Kucing (serta anjing) mempunyai konsentrasi rod reseptor yang tinggi dan konsentrasi cone reseptor yang rendah. Berlawanan dengan manusia, itulah sebab kenapa kita tidak boleh melihat dengan jelas pada waktu malam namun boleh mengesan warna dengan lebih baik.

Gambar-gambar berikut, penghilatan manusia di atas dan di bawah adalah penglihatan kucing.

Ruang Penglihatan

Ini merujuk kepada kawasan yang kelihatan apabila mata fokus pada satu titik fokus. Ini termasuklah apa yang boleh dilihat di hadapan, di atas, di bawah serta sisi. Kucing mempunyai ruang penglihatan yang lebih meluas iaitu sebanyak 200 darjah berbanding manusia mempunyai 180 darjah sahaja.

Ketajaman Penglihatan

Ini merujuk kepada kejelasan penglihatan tersebut. Kebiasaan manusia mempunyai ketajaman penglihatan sebanyak 20/20. Ketajaman penglihatan kucing berada dari 20/100 ke 20/200, yang membawa maksud kucing perlu berada setinggi 20 kaki untuk melihat apa yang kebanyakan manusia lihat pada ketinggian 100 atau 200 kaki. Itulah sebabnya gambar di bawah sangat kabur.

Penglihatan Warna

Adalah satu salah faham yang kucing tidak boleh melihat apa-apa warna hanya warna kelabu. Manusia dikenali sebagai trichromat yang bermaksud manusia mempunyai tiga jenis cone yang membolehkan mereka melihat warna merah, hijau dan biru. Kucing juga trichromat namun tidak sama seperti manusia. Penglihatan kucing sama seperti manusia yang buta warna. Mereka boleh lihat warna biru dan hijau namun merah dan merah jambu boleh mengelirukan. Ia mungkin kelihatan lebih kepada hijau manakala warna ungu seperti warna biru.

Kucing juga tidak boleh melihat kepekatan hue dan saturasi warna seperti yang kita boleh.

Jarak

Kucing seolah-olah pandangan pendek yang bermaksud mereka tidak melihat objek jauh dengan baik. Kelebihan untuk melihat objek yang dekat sesuai untuk pemburuan dan menangkap mangsa.

Penglihatan Malam

Kucing tidak dapat melihat perincian yang halus atau juga warna yang pekat namun kucing mempunyai kelebihan yang hebat untuk melihat dalam kegelapan kerana jumlah rod yang tinggi dalam retina mereka yang sensitif terhadap cahaya yang malap. Hasilnya, kucing boleh melihat secara kasar satu-keenam jumlah cahaya yang manusia perlukan.

Kucing juga mempunyai struktur di belakang retina yang dipanggil tapetum, yang diketahui untuk meningkatkan penglihatan malam. Sel di dalam tapetum bertindak seperti cermin yang memantulkan cahaya yang melalui antara rod dan cone kembali kepada fotoreseptor dan memberikan mereka peluang lagi untuk mengambil sedikit jumlah cahaya yang boleh didapati pada waktu malam. Itulah sebabnya kenapa mata kucing bercahaya di kawasan gelap.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment