Bagaimana Hendak Tahu Kucing Anda Terlebih Berat?

Memang geram tengok kucing yang besar, montel dan gemuk ni. Menampakkan kucing bertambah comel berlipat kali ganda. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kucing gemuk yang ramai pemilik kucing cuba menafikan kerana mengatakan kucing mereka gebu bukannya gemuk.

Terdapat perbezaan yang sukar untuk dilihat antara kucing gemuk dan kucing gebu. Namun penting untuk anda tahu membezakan dua perkara ini.

Perbezaan baka kucing datang dengan berat badan yang berbeza. Ada kucing yang akan membesar lebih dari kucing lain secara semulajadi. Perlu diingatkan yang berat badan kucing anda tidak patut melebihi berat badan idealnya. Jika tidak kucing anda sememangnya seekor kucing yang terlebih berat dan obese.

Gemuk atau gebu?

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui yang kucing anda gemuk atau tidak. Jika anda sukar untuk melihat kerana bulu kucing anda tebal, anda boleh mengetahui dengan memegang kucing anda.

Dengan meletakkan tangan anda di mana-mana bahagian sisi badan kucing anda, anda boleh agak berapa banyak lemak pada kucing anda. Jika sukar untuk anda merasa tulang rusuk kucing anda, jadi kemungkinannya kucing anda terlebih berat.

Kucing anda patut ada sedikit bentuk pinggang. Jika terlalu kembung dan buncit, kucing anda mungkin terlebih berat. Jika dada kucing anda sama lebar dengan pinggangnya, kucing anda terlebih berat.

Terdapat beberapa faktor tingkahlaku yang dapat menunjukkan yang kucing anda sudah terlebih berat. Jika kucing anda mula kurang aktif jadi anda perlu memeriksa berat kucing anda. Kolar kucing juga dapat memberitahu anda mengenai hal ini juga. Jika kolar kucing anda tiba-tiba jadi lebih ketat dari sebelum ini, maka kucing anda telah menambah berat.

Jika anda mengesyaki sesuatu yang pelik mengenai kucing anda tapi anda tidak tahu jika ini berkaitan dengan berat kucing anda atau tidak, bawa sahaja kucing anda ke veterinar yang berhampiran dengan anda. Veterinar mampu memberitahu anda masalah yang dihadapi kucing anda ada kaitan dengan berat badannya atau tidak. Veterinar juga dapat memastikan berat badan kucing anda sesuai atau tidak dengan faktor-faktor yang mempengaruhi berat badan seperti jenis baka, saiz tubuh, umur dan sebagainya.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment