Bagaimana Hendak Menyesuaikan Kucing Anda Jika Anda Berpindah Rumah?

Berpindah sangat memberi tekanan kepada hampir semua orang. Kesemua hidupan yang ada di dunia ini pon mempunyai kesukaran untuk menerima perubahan. Samalah seperti kucing kita yang perlu menghadapi perubahan yang drastik sekiranya kita perlu berpindah.

Dengan bantuan manusia perubahan ini tidaklah menjadi terlalu sukar pada kucing. Dan itu terpulang kepada anda untuk membuatkan perubahan ini lancar bagi kucing kita.

1. Dalam perjalanan

 Jadikan perjalanan untuk ke rumah baru semudah yang boleh. Pastikan kucing anda dapat membiasakan diri dalam kereta semasa dalam perjalanan ke rumah baru.

BACA: Tips perjalanan kereta bersama kucing

2. Sesudah sampai

Semburkan feromon penenang di seluruh kawasan rumah baru anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kucing anda tiba. Anda tidak dapat menghidu feromon ini namun kucing anda dapat dan mereka akan tenang.

Teruskan menggunakan bekas makanan dan minuman yang sama dan segala barang-barang kucing anda.

Biarkan kucing anda mengambil masa untuk meneroka rumah baru. Jika kucing anda takut dan bersembunyi, jangan paksa ia keluar. Bila ia rasa selamat, ia akan keluar juga.

3. Tinggal di rumah baru

Pastikan anda langsung tidak ubah rutin dari rumah lama anda. Seperti contoh masa makan, bermain dan sebagainya.

Setelah kucing anda dapat menyesuaikan diri dan kelihatan tenang di rumah baru, barulah anda boleh kenalkan rutin yang baru kepada kucing anda.

Berpindah boleh jadi perkara yang mengujakan dan seronok tapi jika kucing anda tidak dapat menyesuaikan dengan baik, ia akan menyukarkan lagi keadaan. Sedikit perancangan boleh jadikan perkara ini lebih baik untuk anda dan kucing anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment