Australia Memperkenalkan Polisi Bagi Satu Rumah Hanya Boleh Mempunyai Dua Ekor Kucing Sahaja

Berapa ekor kucing yang anda ada? Bagi MM sendiri, MM pada asalnya ada empat ekor, seekor dah takde masa raya dulu, seekor lagi tukar alamat (lari duk rumah jiran). So tinggal dua ekor jelah yang setia bersama MM.

Bagi rakyat Australia yang tinggal di bandar Mount Barker, pemilik kucing akan mula perlu mengehadkan jumlah pemilikan kucing dua ekor sahaja dalam satu rumah mengikut polisi baru yang diperkenalkan.

Kesemua ini adalah usaha dalam mengawal populasi kucing liar Australia yang menghapuskan hidupan liar asli mereka contohnya burung.

Sudah bertahun-tahun Australia mengalami “masalah kucing” melibatkan kucing liar dan juga kucing domestik. Bandar tersebut merasakan yang mereka lakukan bahagian mereka dalam usaha untuk mengurangkan dua juta kucing liar menjelang tahun 2020 kerana kucing liar dianggap sebagai spesis yang invasif (mudah beranak pinak).

Polisi yang dirancangkan untuk kucing ini mempunyai 4 tahap yang sudah dijalankan dan dikuatkuasakan dengan tegas:

  • Dua ekor kucing per Satu rumah (jika lebih dari dua ekor dianggap sebagai pengumpul haiwan (animal hoarder); Rumah yang sudah sedia ada 2+ kucing dikecualikan.
  • Kesemua kucing termssuk anjing perlu didaftarkan melalui majlis bandaraya.
  • Tingkahlaku “Gangguan” —i.e., kucing menyebabkan isu gangguan ketenangan, keselesaan atau kemudahan seseorang, termasuklah tapi tidak had kepada seekor atau lebih yang menunjukkan sifat agresif atau berbunyi bising atau bau akan dikenakan tindakan serta merta.
  • Arahan perintah berkurung di antara pukul 8PM-7AM yang dibuat untuk mengurangkan tingkahlaku “gangguan” ketika melindungi kucing orang lain.

Sebelum polisi ini diperkenalkan, majlis bandaraya Mount Baker menjalankan bancian penduduk untuk mengumpulkan pendapat mereka. Diketahui bahawa:

  • 76% menyokong pendaftaran kucing
  • 68% menyokong satu rumah per dua ekor kucing sahaja
  • 71% menyokong perintah berkurung kucing
  • 73% menyokong tindakan untuk kucing yang menunjukkan tingkahlaku “gangguan”. 

Apa kata anda? Macam bagus jugak sebab takdelah pemilik kucing yang akan jadi penternak kucing. Bila dah banyak pening pulak nak letak kat mana kucing-kucing tu semua Tak gitu?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment