Artis Dari Jepun Menghasilkan Potret Kucing Yang Sangat Realistik Hanya Menggunakan Kapas

Artis Jepun bernama Wakuneco telah menemui cara yang menarik dalam mengaplikasikan teknik tradisional jarum felting dan menghasilkan potret kucing yang sangat realistik dengan hanya menggunakan kapas.

Hasil seninya diinspirasikan oleh gambar-gambar kucing yang pelbagai baka, warna dan saiz.

Anda boleh lihat hasil seninya di Instagram ini.

Ciptaan penuh tiga dimensi ini betul-betul realistik dengan adanya bulu, mata kaca seperti mata betul berserta misai yang sangat comel! Setiap bulu kucing yang sangat realistik ini dihasilkan dengan teknik mencucuk beberapa gentian kapas dengan jarum sehinggalah setiap gentian kapas ini diseratkan bersama untuk jadikan bentuk felt yang kukuh.

Wakuneco mendokumenkan setiap proses penghasilan potret ini melalui  instagramtwitter and youtube. Wakuneco menjual hasil seninya melalui bidaan Yahoo namun buat masa sekarang hanya penghantaran ke Jepun sahaja disediakan.

Setiap potret mengambil masa sebulan untuk siap. Geramnya tengok comel semua-semuanya. Orang jepun ni memang kreatif betul.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment