Apakah Itu Taurine Dan Kenapa Ianya Penting Untuk Kucing

Taurine adalah sejenis asid amino yang penting untuk kucing seperti otot jantung, penglihatan, penghadaman dan sistem pembiakan.

Berbanding dari mamalia yang lain kucing sememangnya perku asid amino ini dalam dietnya.

Malangnya, kucing tidak dapat mensentisiskan jumlah taurine yang mencukupi dari asid amino. Kekurangan taurine boleh merosotkan kesihatan kucing dan boleh menyebabkan kebutaan, masalah jantung dan masalah pembesaran seperti sistem saraf

Taurine adalah teman terbaik untuk kesihatan kucing anda

Seperti yang dijelaskan sebelum ini taurine sangat penting dalam kesihatan kucing anda. Jenis asid amino ini boleh ditemui semulajadi dalam protein.

Ini merupakan kebaikan taurine untuk kucing:

  • Sebagai antioksida
  • Mengawalselia air dan garam dalam sel seluruh tubuh badan
  • Stimulasikan pertumbuhan otot
  • Membantu dalam penghasilan hempedu
  • Berfungsi sebagai neurotransmiter
  • Memberi impak positif dalam sel pada retina mata

Di mana anda boleh jumpa taurine?

Adalah lebih baik memberikan taurine kepada kucing anda melalui diet semulajadi. Anda boleh menemui asid amino dari protein dari sumber haiwan.

Pada setiap hidangan kucing anda perlu menerima dalam 200 dan 300mg taurine

Ayam

Lebih-lebih lagi bahagian kaki ia mengandungi banyak taurine. Hati ayam juga sangat baik. Jangan berikan kucing anda lemak atau kulit ayam.

Daging lembu

Hati lembu mempunyai taurine yang sangat tinggi sama juga seperti jantung lembu yang juga pilihan yang lebih ekonomi kerana saiznya yang agak besar. Perlu diingatkan yang taurine akan hilang apabila didedahkan kepada suhu yang tinggi.

Telur

Telur dan produk tenusu juga mempunyai jumlah taurine yang baik.

Makanan laut

Udang dan kerang juga mempunyai taurine lebih dari protein yang lain.

Adakah makanan komersil kucing mengandungi taurine?

Jawapannya YA. Makanan komersil kucing mengandungi jumlah taurine yang baik. Walaubagaimanapun ia perlulah semulajadi yang boleh. Ada beberapa makanan kucing yang diperbuat dari daging dehidrat yang berkualiti.

Makanan yang rendah kualiti merupakan pilihan yang terburuk buat kucing anda. Makanan jenis ini diperbuat dari bijiran yang banyak dan sedikit taurine semulajadi.

Jadi sebelum anda memilih makanan kucing anda, sila perhati betul-betul senarai bahan-bahan pada labelnya. Jika anda melihat ada taurine sebagai bahan-bahan, ketahuilah ia adalah taurine tiruan kerana asid amino jenis ini sudah seharusnya ada dalam makanan semulajadi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment