Apakah Itu Kucing Maneki Neko?

Jepun dikenali dengan salah satu budaya mereka iaitu Maneki Neko. Dipercayai bahawa Maneki Neko akan membawa nasib baik dan keuntungan kepada pemilik mereka.

Maneki dalam bahasa Jepun bermakna ‘memanggil’ dan Neko adalah ‘kucing’. Patung kucing ini boleh dilihat di banyak rumah orang Jepun untuk memberi keuntungan dan nasib baik kepada pemilik kediaman tersebut. Anda juga boleh menjumpai patung maneki neko di kedai-kedai dan perniagaan orang Jepun.

Patung maneki neko boleh dikenali dengan rupanya yang comel. Mengangkat satu kaki hadapannya samada kiri atau kanan kadangkala kedua-duanya sekali. Ini kelihatan seperti maneki neko ini seolah-olah memanggil anda.

Patung maneki neko boleh didapati pelbagai saiz kerana individu yang memiliki patung ingin ingin memperlihatkan patung maneki neko ini. Patung maneki neko seolah-olah menjadi fenomena sedunia dan kepopulariti semakin meningkat.

Salah satu nama lain bagi patung kucing ini adalah ‘kucing duit’. Kerana ada juga patung maneki neko yang dijadikan sebagai tabung. Anda juga boleh mendapati maneki neko dalam bentuk keychain, perhiasan, gambar dan pelbagai lagi item cenderahati.

Ada juga patung maneki neko berwarna hitam kerana bagi orang Jepun, kucing hitam juga pembawa nasib baik bukan seperti kepercayaan orang barat dan negara yang lain mengenai kucing hitam merupakan pembawa malang.

Jika anda inginkan kehidupan anda sedikit untung anda boleh membeli patung maneki neko dan menghiaskannya di rumah anda sekiranya anda seorang yang mempercayai perkara seperti ini. Namun bagi orang Islam tidak digalakkan untuk mempercayai perkara seperti itu. Membeli patung maneki neko hanya sekadar perhiasan tidak ada salahnya.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment