Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Sembelit Pada Kucing

Selalunya sembelit ringan pada kucing adalah perkara biasa yang berlaku pada kucing dan bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Walaubagaimanapun bagaimana anda hendak tahu sekiranya perkara ini menjadi serius dan perlukan perhatian veterinar?

Apa itu sembelit pada kucing?

Sembelit pada kucing adalah kondisi yang dijelaskan dengan kesukaran kucing membuang najis. Ini sebenarnya perkara biasa bagi kucing. Puncanya atau perkara yang mencetusnya adalah mungkin disebabkan oleh reaksi dari perubatan, kecederaan traumatik, diet yang tak sesuai, kurang minum air dan pelbagai lagi.
Tambahan lagi, sembelit pada kucing adalah pengalaman yang tidak selesa bagi kucing. Sembelit yang berterusan akan mengakibatkan pembesaran kolon yang tidak akan berubah. Sembelit yang serius mungkin akan menyebabkan kucing tidak mampu mengeluarkan najis dan kolon akan membesar. Hanya pembedahan sahaja yang dapat mengeluarkan najis yang terkumpul dalam perut kucing.

Kucing yang sembelit, kolonnya akan dipenuhi najis yang tidak akan bergerak makna kata tersangkut. Oleh kerana itu kolon kucing akan terluka. Keadaan ini selalunya dirawat dengan ubat-ubatan, perubahan diet dan enema.

Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, sembelit kucing akan bertukar menjadi pendarahan. Ini adalah lebih serius dan sememangnya sangat sakit untuk dihadapi oleh kucing. Tambahan lagi kucing mungkin akan sengsara oleh megakolon. Ini adalah kondisi dimana kolon menjadi sangat luas dan tidak akan berfungsi dengan baik. Isu ini mungkin menjurus kepada kondisi sederhana dan mungkin tidak akan sembuh jika tidak dirawat. Ini juga mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian kolon yang rosak.

Punca sembelit pada kucing

Kucing akan sembelit kerana beberapa punca. Ini termasuklah:

  • Menelan terlalu banyak bulu apabila merapi
  • Pengambilan air yang terlalu sedikit
  • Kurangnya bersenam
  • Berpenyakit
  • Kotak pasir yang kotor
  • Kucing stress di rumah
  • Sakit apabila membuang najis
  • Dehidrasi

Tambahan lagi apabila kucing memakan sesuatu yang sukar untuk dihadamkan juga boleh menyebabkan penyumbatan pada kolon. Inilah yang menyukarkan kucing untuk membuang najis. Pengambilan serat yagn sedikit juga boleh menyebabkan sembelit namun pengambilan serat yang berlebihan juga boleh menyebabkan sembelit. Ini adalah kerana serat mampu menyerap kelembapan dan mungkin menyebabkan najis tersekat.

Memikirkan punca kondisi ini bukan perkara mudah. Walaubagaimanapun adalah penting untuk anda mengawal sembelit tersebut.

Gejala sembelit kucing

Gejala yang jelas dilihat adalah kucing kelihatan terseksa apabila membuang najis. Kucing anda mungkin berbunyi dan hanya mengeluarkan najis dalam bentuk cecair sahaja. Dalam keadaan yang sederhana, kucing anda hanya menonggek namun tiada najis yang keluar ataupun sedikit sahaja yang keluar.

Tambahan lagi, kucing anda mungkin mengeluarkan najis cirit serta berdarah. Kucing yang sembelit juga mungkin akan membuang di luar kotak najis atau kerap pergi ke kotak najis namun tiada najis yang keluar.

Apa-apa pun sila bawa kucing anda ke veterinar berhampiran sekiranya anda mula menyedari kucing anda sukar untuk membuang najis.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment