Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kucing Korat

Kucing Korat adalah salah satu baka kucing yang tertua dan purba.

Kucing Korat adalah kucing berwarna kelabu dengan mata berwarna hijau terang yang cantik serta telinga yang menonjol. Kucing Korat berasal dari Thailand dan dikatakan merupakan simbol nasib baik dan kemakmuran. Kucing Korat adalah adik beradik kepada kucing siam.

Berikut merupakan 8 perkara mengenai kucing ini:

1. Berwarna kelabu perak

Warna bulu kucing korat adalah kelabu kebiruan namun mempunyai efek halo yang menunjukkan ton perak

2. Sejarah Korat

Sebutan korat adalah ko-RAHT bukan KO-rat (rasa macam sama je kan?). Pertama kali ditemui di Ampur Pimai dan dinamakan sempena daerah Thailand iaitu Korat, kucing ini diperakui oleh Raja Rama V. Kucing Korat diimport ke Amerika Syarikt dari Mahajaya Cattery di Thailand.

3. Mata berwarna hijau terang

Kucing Korat lambat matang, jadi mata hijau zamrud ini tidak akan berkembang sehinggalah mereka berusia 2 ke 4 tahun. Sebelum usia itu, mata kucing korat adalah berwarna oren keemasan.

4. Badan yang tegap

Badan kucing Korat sebenarnya dibandingkan dengan fizikal bina badan untuk menunjukkan betapa tegapnya kucing ini.

5. Nama yang lain

Kucing Korat juga dikenali sebagai kucing Si-Sawat (disebut see-sa-what) oleh masyarakat Thauland, namun ada nama dan gelaran yang digunakan oleh orang Thai iaitu ‘Maled’ yang mempunyai warna seperti Dok Lao. Dok bermaksud bunga dan Lao adalah herba seperti serai.

6. Rakan kucing

Sepupu kepada si kucing banyak cakap kucing Siam, kucing Korat kurang sedikit berbunyi lebih kepada bunyi mengecip. Kucing baka ini dikenali dengan sifatnya yang setia, memilih manusia yang betul-betul ada dalam hatinya. Kucing yang tenang juga dengan kanak-kanak jadi sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.

7. Pantas!

Walaupun kelihatan tenang dan suka persekitaran yang aman damai, kucing Korat sangat sukakan masa bermain dan tidak segan silu menunjukkan kebolehannya berlari ke sana ke sini di dalam rumah!

8. Sememangnya purrrrfect dalam setiap cara sekalipun

Kucing Korat sangat sukakan peneman. Kucing ini suka duduk di atas riba dan suka mengekori anda ke mana sahaja anda pergi. Akan mengalami kegelisahan sekiranya ditinggalkan bersendirian dalam tempoh yang lama. Salah satu keburukannya adalah, kucing Korat tidak suka berkongsi. Lebih-lebih lagi barangan kesukaan mereka.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment