Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai ‘Cat Hoarding’

Hoarder semua tahu tak istilah itu apa? Ia merupakan sejenis penyakit mental yang membuatkan pesakit mental jenis ini suka mengumpul barang.

Animal hoarding atau ‘pengumpul haiwan ini dijelaskan sebagai keperluan kompulsif untuk mengumpul dan memiliki sesetengah haiwan untuk dijaga dan disayangi, namun akibat memiliki terlalu banyak haiwan boleh menjurus kepada kemalangan atau ketidaksengajaan untuk tidak dipeduli atau didera. Dekat Malaysia tidak banyak kesedaran mengenai penyakit hoarder ni. Di negara maju yang lain seperti di US, Animal Hoarding merupakan satu jenayah.

Keadaan rumah seorang hoarder kucing.

Kebanyakan pesakit ‘kumpul haiwan’ ini adalah mangsa kepada sifat baik mereka sendiri dan akhirnya terkandas dalam emosi sendiri, diasing dari sosialiti dan dipinggir dari keluarga dan rakan rakan.

Masalah seperti ini mengakibatkan penyeksaan yang sangat besar pada haiwan dan juga manusia itu sendiri.

Kebanyakan pesakit ‘pengumpul haiwan’ ini melihat diri mereka sendiri sebagai penyelamat haiwan yang orang lain tidak peduli dan ambil kisah.

Mereka juga melihat haiwan ini sebagai sumber kasih sayang dan mereka sangat empasis terhadap banyaknya kasih sayang yang mereka boleh curahkan dan diterima dari haiwan yang mereka jaga.

Cat hoarding pula bermaksud pengumpul kucing di mana seseorang mempunyai koleksi kucing yang terlampau banyak tanpa mempunyai keupayaan untuk menjaga kucing -kucing tersebut dengan baik. Tidak semua orang yang membela kucing yang banyak digelar ‘cat hoarder’. Hoarding mula berlaku apabila populasi kucing menjadi luar kawalan dan kucing kucing dan juga manusia hidup dalam keadaan yang penuh terseksa.

Diet yang tidak sempurna, kurangnya rawatan dari vet dan persekitaran yang kotor merupakan kesan dari populasi yang besar selalunya melebihi 100 ekor yang tidak mampu untuk dijaga dan dikekalkan. Kondisi rumah seorang pesakit hoarder kucing ini selalunya sangat menyedihkan. Bukan hanya kucing kucing sahaja yang tidak dijaga dengan elok namun segala perabot dan perkakas di rumah dipenuhi sisa kumbahan kucing. Jangan tak hairan ya ada juga b4ngkai kucing berada di dalam rumah seorang hoarder kucing. Termasuklah kucing kucing yang sangat sakit, kurang nutrisi tinggal di dalam rumah tersebut.

Wanita bujang, pertengahan umur ke lewat umur merupakan hoarder kucing yang  banyak terjadi. Ini dipercayai bahawa kebanyakan hoarder mengalami sakit mental. Pesakit hoarder ini kelihatan sihat dan normal seperti manusia biasa. Mereka akan menafikan segalanya mengenai obsesi mereka dan akan melakukan apa sahaja untuk merahsiakan pemilikan sejumlah kucing yang banyak kerana mereka takut jika kucing kucing mereka diapa-apakan dan dim4tikan (euth4nize).

Manusia yang mengutip banyak kucing ini betul betul percaya yang mereka memberi pertolongan kepada kucing tersebut di rumah mereka. Mereka berasakan yang mereka melakukan kebaikan: ada juga yang menganggap rumah mereka sebagai organisasi penyelamat kucing. Dipercayai bahawa penyakit mental yang mereka hadapi membutakan mereka mengenai penyeksaan terhadap kucing kucing yang dikutip.

Pengumpulan kucing mungkin bermula dengan adoption seekor ke dua ekor kucing yang tidak dimandulkan. Lalu kucing kucing ni mula membiak, anak anak mereka pula membiak dan lalu populasi menjadi semakin besar dan melebihi kawalan. Pengumpulan kucing juga mungkin bermula dari obsesi seseorang mengutip semua kucing jalanan yang mereka boleh jumpa.

Jika anda mengenali hoarder kucing ini, jangan takut untuk melakukan sesuatu. Kucing kucing yang terseksa mungkin menunggu lama pertolongan dari anda. Hubungi polis, jabatan veterinar berhampiran atau jabatan kebajikan masyarakat. Tambahan lagi statistik hoarder kucing ni menunjukkan yang pesakit mental jenis ni 100% terlepas tanpa sebarang rawatan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment