Apa Yang Orang Tidak Akan Beritahu Mengenai Kehilangan Kucing Yang Tersayang

MM sebenarnya dalam mode kesedihan sebab kucing kesayangan MM pun jadi mangsa tragedi syawal. Balik rumah sekejap nak check keadaan dorang ni kat rumah tapi sedihnya bila tengok kucing MM dah m4ti pun dalam longkang tepi bilik rumah kena l4nggar dek kereta. Mungkin salah MM sebab bagi kebebasan kucing MM keluar masuk rumah masa MM takde. Sebab kampung MM tak jauh sangat pun dengan rumah. Selama ni tak pernah pun jadi kecelak4an tapi tulah orang kata benda nak jadi. Yang terkilannya jiran tak bagitahu padahal dia nampak kejadian tu. Tapi terima jelah qada dari Allah ni…

Kehilangan kucing ni tidak semua orang memahami betapa sakitnya dan sedihnya. Orang yang bela kucing jelah yang faham. Anak MM yang kecil pun boleh meraung tengok kucing dia dah m4ti. Kalau orang biasa takda rasa apa tu, something wrong somewhere lah dengan sifat empati tu.

Tiada siapa boleh bagitahu….

betapa banyaknya tekanan yang terkumpul di dalam kepala, bahu dan hati bila kita jumpa kucing kita yang sudah mati tu. Kepala rasa nak pec4h dan tak mampu nak berfikir dengan betul. Mata tak mampu nak bukak sebabnya air mata tak berhenti-henti mengalir.

Tiada siapa boleh bagitahu….

betapa sakitnya hati apabila melepaskan kucing anda ke penciptanya. Ya kita tahu yang kesengsaraannya kini berakhir, tapi jauh dalam hati kita, kita rasa sedikit nyawa kita ikut kucing kita pergi juga.

Tiada siapa boleh bagitahu….

kaki kita jadi lemah seperti tidak mampu nak berjalan dengan hanya memegang kolar kucing sahaja lepas selesai menanam kucing kesayangan kita. Mulalah penyesalan datang menyerang bertubi-tubi.

Tiada siapa boleh bagitahu….

kedalaman kesedihan dan bagaimana seluruh tubuh anda dikuasai oleh kesedihan sehingga kita sendiri tidak mampu untuk mengawalnya. Hari pertama yang sangat dahsyat. Air mata yang tidak akan berhenti mengalir.

Tiada siapa boleh bagitahu….

kekosongan di rumah walaupun ada kucing yang lain. Setiap sudut rumah anda pandang, anda akan teringat kucing anda. Lebih-lebih lagi melihat mangkuk air kegemarannya. Hati pun mula berderai semula.

Tiada siapa boleh bagitahu….

yang kita masih lagi boleh terasa kehadiran kucing kita walaupun mereka sudah pergi beberapa minggu kemudian. Anda terasa kehadirannya di tempat kegemaran mereka, port tidur mereka dan kadangkala akan akan tersasul menyebut nama mereka.

Tiada siapa boleh bagitahu…

yang tiada lagi kucing yang akan kejut pada waktu pagi. Perlukan masa bertahun untuk membina rutin ini dan hanya perlukan masa beberapa bulan untuk memecahkan rutin tersebut.

Tiada siapa boleh bagitahu….

yang anda terasa nak memeluk dan mencium kucing anda buat kali yang terakhir tapi hakikatnya kucing anda sudah pun selesai ditanam.

Tiada siapa boleh bagitahu….

yang setiap hari akan jadi lebih elok dan mudah. Hari selepas itu anda mungkin masih sedih dan pertama kalinya anda mula merasa lapar. Selepas keringnya air mata, kesedihan pun mula hilang sedikit demi sedikit.

Tiada siapa boleh bagitahu….

yang its OK untuk menyimpan gambar kucing di rumah anda sebagai tanda untuk mengingati mereka. Dan tak salah pun untuk meletak batu pada kubur mereka sebagai tanda ingatan.

Tiada siapa boleh bagitahu….

yang ia adalah perkara yang paling sukar yang anda lakukan untuk kucing anda namun ia sangat berharga kerana persahabatan dan kasih sayang yang anda terima. Kasih sayang yang tidak bersyarat, keselesaan yang anda rasa selama ini yang menjadikan memori bersama kucing anda sangat sukar untuk dilupakan.

Walaupun kucing MM kini tiada lagi bersama MM, ia sentiasa ada di dalam hati dan memori MM buat selama-lamanya. Tiada kucing yang akan sama macam ni. Terima kasih hadir dalam hidup MM… pergi tapi tidak akan dilupakan.

Hilangnya satu lubuk pahala MM

 

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment