Apa Yang Menyebabkan Kucing Anda Mengalami Benjolan Pada Tubuhnya?

Pernah tidak kita membelai kucing tiba-tiba kita rasa ada benjolan di bawah dagunya atau di mana-mana bahagian tubuhnya yang lain?

Pertama sekali, jangan panik. Walaupun perkara ini boleh menjadi serius, ia tidaklah mengancam nyawa kucing.

Terdapat beberapa cara untuk anda mengetahui sama ada benjolan di bawah dagu kucing ini tidak merbahayakan kucing atau sangat merbahaya. Apa yang ditulis di sini bukanlah sebagai nasihat perubatan namun hanyalah sebagai panduan untuk anda mengetahui tahap permulaan pemeriksaan kucing dan melegakan hati yang gundah.

Berikut merupakan senarai benjolan yang boleh berlaku di bawah dagu kucing anda:

Abscess

Abscess terbentuk apabila poket nanah terbentuk di bawah kulit. Benjolan jenis ini selalunya terjadi dari jangkitan yang selalunya berlaku semasa proses penyembuhan luka yang sedia ada. Jika luka sembuh sebelum poket nanah hilang, kucing anda akan mengalami benjolan. Abscess boleh menyebabkan kucing anda demam. Ada beberapa kes abscess ini akan pecah dan akan mengeluarkan nanah yang sangat busuk. Jika tidak dirawat, kucing anda akan mengalami jangkitan dan lalat cenderung untuk bertelur di luka yang terbuka itu.

Rawatan biasa bagi abcess adalah cucian luka, pembedahan, jahitan dan antibiotik.

Cyst

Cyst adalah benjolan yang selalunya berongga, walaupun ia akan dipenuhi oleh tisu lembut atau cecair. Cyst bukan disebabkan oleh jangkitan seperti ascess, walaubagaimana pun mereka boleh menjadi jangkitan sekunder. Kucing kadang kala akan membentuk cyst tunggal, namun tidak pernah terjadi lagi kucing yang mempunyai banyak cyst sekali gus. Jenis benjolan ini akan berlaku pada bila-bila masa sahaja tidak kira usia kucing anda.

Bentuk benjolan cyst ini berbeza dari bulat ke bujur. Apabila disentuh agak pejal namun anda boleh rasa bahagian tengahnya yang kurang pejal. Salah satu rawatan biasa bagi cyst adalah dengan mengeluarkan segala benda dalam benjolan cyst ini. Walaupun proses mencuci sudah dilakukan, cyst akan terbentuk semula pada bila-bila masa jadi cara yang paling berkesan adalah membuang cyst tersebut dengan kekal secara pembedahan.

Granuloma

Granuloma adalah kesan dari jangkitan kronik dan keradangan. Jenis benjolan ini terdiri daripada pepejal yang pejal di dalam kulit kucing dan pepejal ini dipenuhi dengan sel yang keradangan, saluran darah dan tisu penghubung. Apabila kucing mengalami granuloma, mereka berisiko untuk mengalami keadaan yang dikenali sebagai eosinophilic granuloma complex yang selalunya dikaitkan dengan jangkitan bakteria, alergi atau masalah genetik.

Ketumbuhan

Sejurus ketumbuhan mencapai saiz yang tertentu, ia selalunya mudah dikesan. Ketumbuhan boleh jadi sesuatu yang tidak merbahaya atau boleh membesar dan merebak yang menyebabkan kerosakan yang lain pada tubuh. Ketumbuhan selalunya muncul pada kucing yang tua namun ada pengecualiannya, lebih-lebih lagi jenis-jenis kanser. Apabila ketumbuhan dikesan, selalunya akan dijalankan biopsi untuk mengesan ketumbuhan tersebut merbahaya atau tidak.

Jika ketumbuhan ini tidak membesar, kucing berpeluang untuk hidup dan masih mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Namun jika ketumbuhan terlalu besar, ia perlu dibuang. Jika ketumbuhan ini jenis yang membesar atau merebak, veterinar akan berbincang dengan anda pilihan yang terbaik untuk rawatan.

Kesimpulan

Walau apa pun jenis benjolan yang ada pada bawah dagu atau mana-mana bahagian lain pada kucing anda, penting untuk bertenang dan terus ke veterinar untuk mengenalpasti jenis benjolan ini dan cara yang terbaik untuk merawatnya. Dalam kebanyakan kes, benjolan-benjolan ini boleh dirawat dan kualiti hidup kucing tidak akan terganggu.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment