Apa Yang Kucing Mimpikan Ketika Tidur?

Menurut PetMD, purata kucing tidur dalam sehari adalah selama 15 jam. Jika kucing yang keletihan akan tidur selama 20 jam!

Jadi selama kucing ni tidur, rasa-rasa apa yang dimimpikan ya? Menurut Dr. Nicholas H. Dodman, seorang professor di Cummings School of Vetinary Medicine di New England, Amerika Syarikat mengatakan yang kucing semestinya boleh bermimpi seperti manusia.

Kucing menunjukkan kesemua ciri-ciri fizikal dan tingkahlaku apabila bermimpi sama seperti manusia. Tingkahlaku tidur dicirikan dengan kemunculan potensi otot, gaya yang tersangatlah relaks, tidak respon dan ambang pendengaran yang tinggi. Inilah yang dipanggil tubuh yang tidur, tapi minda masih aktif. Ketika gelombang tidur laju, pergerakan mata dan pergerakan tersentak di kaki, dan telinga boleh dilihat. Sama seperti manusia, kucing juga mempunyai tempoh tidur lena di mana mereka sepenuhnya relaks namun minda mereka aktif bermimpi.

Dr. Dodman juga memberikan beberapa idea mengenai apa yang kucing mimpikan. Dia berkata,

“Seperti manusia, kucing akan bermimpi mengenai sesuatu yang baru berlaku atau sudah lama berlaku. Mungkin bermimpi mengejar burung atau tikus. Atau bermimpi dibelai. Mungkin pergaduhan dengan kucing lain.”

Dr. Dodman berkata yang aktiviti otak yang muncul ketika kucing tidur sangat menyerupai manusia!

Mungkin kucing kita tidur kaki tergerak-gerak tu dorang mimpi berlari-lari kejar tikus mungkin…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment