Apa Yang Dilakukan Oleh Kanak-kanak Ini Untuk Seekor Anak Kucing Yang Lumpuh Sangat Mengkagumkan!

Seorang kanak-kanak lelaki mempunyai hati yang mulia kerana dia mahu lakukan sesuatu supaya anak kucing lumpuh ini boleh berjalan semula.

João, berusia 9 tahun berasal dari Brazil ini merupakan seorang pencinta haiwan. Apabila dia mengetahui mengenai keadaan anak kucing jirannya, dia teruja untuk berjumpa dengan anak kucing tersebut. Beberapa hari yang lalu João, melawat anak kucing tersebut dan terus menjadi rapat.

Dia mampu mengesan sesuatu yang aneh mengenai anak kucing tersebut— anak kucing ini tidak boleh menggunakan kaki belakangnya dan bermulalah masalahnya.

João melihat anak kucing tersebut selalu bersendirian manakala anak kucing yang lain sedang bermain dan berlari sana sini.

“Dia sedih melihat anak kucing tersebut tidak boleh bermain macam anak kucing yang lain,” kata ibu João.

Dia tahu dengan segera yang dia mahu membuat perubahan mengenai hal ini. João pulang dengan misi untuk membantu anak kucing tersebut untuk kembali berjalan.

Setibanya di rumah dia mula memerah otak dalam idea untuk mereka kerusi roda khas untuk anak kucing. Dia mahukan anak kucing tersebut dapat berjalan dan bermain seperti anak kucing yang lain.

João mula mengumpulkan bahagian untuk rekaannya dengan bantuan dari rakannya. Anak kucing itu berusia dalam beberapa minggu jadi ia muat dalam kedua dua tangan. João mencari sesuatu yang boleh muat rangka anak kucing tersebut dan memastikan rekaannya dapat memuatkan anak kucing tersebut namun kekal selesa.

Sesudah rekaannya siap, dia cepat-cepat membawa kepada anak kucing tersebut untuk mencubanya.

“Anak kucing itu mula berjalan setelah beberapa minit. Idea ini sangat hebat dan ia mula berjalan dalam percubaan pertamanya.”

Tengok anak kucing ini berjalan dengan ‘kereta’ barunya di video ini:

Jiran João sangat teruja melihat anak kucingnya berlari dan meneroka seluruh rumah dengan bebasnya. João sangat gembira sangat tidak dapat berhenti senyum.

“Dia gembira kerana dia mampu menolong anak kucing tersebut merupakan satu perkara yang sangat mengkagumkan”

João sangat rapat dengan anak kucing ini. Ia merupakan kawan barunya yang boleh dibelai.

“Keadaan anak kucing ini baik dan ia berjalan merata rata”, kata Ibu João.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment