Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Warna Mata Kucing

Warna mata kucing ni sangat berbeza-beza dengan pelbagai variasi yang banyak berbanding haiwan lain di dalam dunia ini!

Salah satu perkara ajaib mengenai kucing kita ini adalah renungan matanya yang sangat buatkan kita jatuh hati. Mata kucing terkenal kerana anak mata mereka yang vertikal, ini adalah unik antara mana mana haiwan lain di bumi ini.

Jangan lupa dengan warna -warna  yang cantik pada mata kucing ada yang biru, tembaga hijau, merah, kuning dan juga jingga!

Dan ada juga sebelah mata warna lain dari mata yang lain.

Kenapa ada banyak warna mata kucing ni?

Tapi apa yang membuatkan mata kucing itu warna yang ada? Ada kena mengena dengan baka ke? Apa pula mengenai warna bulu kucing? Dan kenapa warna mata anak kucing berubah apabila meningkat dewasa? Dan yang paling penting adakah wujudnya masalah kesihatan berkaitan sesetengah warna mata pada kucing kita?

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut dunia warna mata kucing.

Apakah kepelbagaian yang ada pada warna mata kucing?

Tidak kira lah manusia atau kucing, warna mata bermula di iris mata. Iris mata adalah bahagian mata yang berwarna yang mengelilingi mata hitam, mempunyai dua lapisan yang membawa sel yang memberikan warna pada iris yang dikenali sebagai melanocyte. Dua lapisan dalam iris ini adalah stroma dan epithelium dan masing-masing membawa melanocyte secara berbeza.Faktanya, dalam stroma, melanocyte ni seakan-akan bersepah merata-rata manakala apabila berada di dalam epithelium, melanocyte ini dikumpulkan rapat-rapat antara satu sama lain.

Apa itu Melanocyte?

Jumlah melanocyte yang ada pada mata kucing andalah yang menentukan warna matanya. Melanocyte menghasilkan melanin yang juga memberi warna pada bulu kucing anda. Jadi, lebih banyak melanin yang dihasilkan, lebih gelap lah warna mata dan bulu kucing anda.

Walaubagaimanapun, melanin memberi kesan yang berbeza pada mata dan bulu kucing. Tiada satu pun kolerasi antara warna bulu kucing dan warna matanya. Ini bermakna, tidak semestinya bulu kucing anda berwarna gelap warna matanya juga gelap.

Warna apa je yang ada pada mata kucing? 

Anda boleh lihat kucing mempunyai warna mata seperti:

  • Biru
  • Tembaga
  • Kuning
  • Emas
  • Jingga
  • Hijau
  • Merah
  • Warna mata berbeza-beza (Odd-Eyed)

Mata kucing yang  berwarna biru

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, jumlah melanin dalam mata kucing yang menentukan warna matanya. Namun tahukah anda kucing yang mempunyai mata berwarna biru tidak mempunyai melanin di dalam iris mereka.

Realitinya mata kucing yang berwarna biru adalah jernih namun oleh kerana pemantulan cahaya dikeliling bucu bulatan pada iris bebas pigmen itulah yang menyebabkan kita melihat mata itu berwarna biru.

Ini bermakna kucing bulu berwarna putih dengan mata berwarna biru tidak mempunyai melanin pada bulu dan juga irisnya.

Walaubagaimana pun kucing yang bulunya berwarna kelabu namun mempunyai mata berwarna biru ini bermakna ia mempunyai sedikit melanin pada bulu namun tidak pada irisnya.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini bulu kucing tidak ada kena mengena dengan warna, namun undang-undang ini dikecualikan ileh kucing yang berwarna putih.

Sudah ditemui yang kucing putih kebanyakannya tidak mempunyai mata berwarna biru.

Oleh sebab sukar untuk mencari mata kucing berwarna merah, mata kucing yang berwarna biru akan memantulkan cahaya berwarna merah apabila ada cahaya dihalakan pada mereka seperti contoh cahaya flash dari kamera.

Kucing yang mempunyai mata berwarna jingga, emas mahupun kuning akan memantulkan warna hijau apabila dihalakan cahaya.

Mata kucing berwarna tembaga

Perkara ini akan mengejutkan anda untuk mengetahui walaupun warna mata kucing adalah berbeza-beza, anda tidak akan menemui kucing yang mempunyai mata berwarna coklat mahupun hitam.

Anda mungkin pernah melihat kucing dengan mata berwarna coklat tapi sebenarnya warna mata kucing tersebut lebih kepada  warna tembaga gelap atau jingga yang gelap.

Ini bermakna walaupun sebanyak mana jumlah melanin pada iris kucing anda, warna mata yang paling gelap yang kucing anda akan ada adalah warna tembaga.

Mata kucing berwarna hijau

Kita semua boleh setuju selain dari biru, mata kucing yang berwarna hijau ini sangat mempersona dan jarang untuk ditemui.

Mata kucing berwarna hijau adalah sama seperti mata kucing berwarna biru di mana kurangnya jumlah melanin pada iris.

oleh kerana gen yang berbeza mengawal jumlah melanin pada bulu kucing berbanding mata kucing anda mungkin menemui kucing putih bermata hijau, kucing kelabu bermata hijau atau kucing hitam atau coklat yang bermata hijau.

Warna mata kucing berbeza beza dan mata berwarna hijau adalah salah satu kombinasi warna mata yang cantik yang kita boleh lihat pada kucing.

Mata kucing berwarna kuning atau jingga

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, warna kucing adalah bergantung kepada jumlah melanin pada irisnya. Walaubagaimanapun, tahap aktiviti dalam melanocyte yang akan menentukan kepekatan warna mata tersebut.

Ini bermakna seekor kucing yang mempunyai mata berwarna kuning mungkin mempunyai  pandangan yang lebih cerah berbanding seekor kucing yang mempunyai mata berwarna jingga dimana ia mempunyai aktiviti melanocyte yang lebih kuat.

Faktanya, mata kucing berwarna kuning dan mata kucing berwarna jingga adalah sangat sama dan kucing hitam yang popular selalunya terkenal kerana mempunyai mata berwarna ini.

Mata kucing warna berbeza- beza (ood-eyed)

Kucing odd-eyed selalunya gelaran yang diberikan pada kucing yang mempunyai dua tahap aktiviti melanin yang berbeza pada setiap iris matanya. Selalunya mempunyai mata sebelah berwarna biru sebelah lagi hijau, jingga, kuning mahupun tembaga.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai kucing odd eyed ini di sini

Kenapa mata anak kucing berubah warna semakin ia membesar?

Anak kucing apabila dilahirkan matanya akan berwarna biru. Ini adalah kerana sel melanocyte tidak mampu berfungsi sehinggalah anak kucing sedikit membesar.

Semakin anak kucing membesar, sel melanocyte mula berfungsi dan warna asal mata anak kucing anda akan mula muncul. Tidak kira baka atau warna bulu kucing anda, anda tidak akan tahu warna matanya sehinggalah anak kucing anda berusia 4 ke 6 minggu dan anda tidak akan tahu warna tetap mata kucing anda sehinggalah kucing anda berusia 4 bulan!

 

Perubahan warna mata pelik yang berlaku pada kucing dewasa

Jika anak kucing berubah warna mata adalah normal, namun apabila kucing dewasa berubah warna mata adalah sesuatu yang tidak normal dan seharusnya di bawa ke veterinar untuk pemeriksaan.

Jika ini berlaku, ini mungkin tanda tanda isu kesihatan yang dipanggil Uveitis. Uveitis adalah keradangan yang berlaku pada uvea yang menyebabkan warna mata kucing anda dan seharusnya bukan sesuatu yang perlu diambil ringan.

Walaupun Uveitis itu sahaja tidak merbahaya namun ia mungkin merupakan gejala dari sesuatu perkara yang lebih serius seperti tr4uma pada mata, glaucoma, infeksi, isu sistemik, kanser atau masalah autoimun.

Rujukan dan bacaan tambahan:

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment