Apa Yang Anda Perlu TAHU Mengenai VAKSINASI Kucing

Pernahkah kucing anda menerima suntikan vaksin di klinik? Jika pernah, mungkin kita akan tertanya-tanya apakah maksud FRCP, FeLV dan FIP yang tertera pada kad klinik yang diberikan.

Kebanyakannya tidak pernah bertanya apakah makna perkataan-perkataan tersebut, dan hanya berkata kepada doktor, “Buatlah apa yang perlu“.
Tidaklah salah meletakkan keyakinan itu pada mereka yang pakar, tetapi adalah lebih baik jika kita juga MENGAMBIL TAHU pa yang doktor lakukan.
Sebagai pemilik kucing, amat berguna jika kita mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang beberapa penyakit yang boleh dihindari (atau dikurangkan risikonya) melalui suntikan vaksin.
Kita juga mungkin akan terkejut apabila mengetahui yang suntikan vaksin sebenarnya tidaklah bersifat pelindung mutlak, sepertimana yang kita sangkakan, malah suntikan berkala pada setiap tahun juga mungkin tidak begitu sesuai untuk kucing anda.
Tujuan vaksin adalah untuk mengajar sistem imunisasi kucing melawan beberapa penyakit berjangkit yang menyerang kucing. Adakah sistem ini perlu diingatkan pada setiap tahun?

Perlu ke vaksin?

Vaksinasi adalah antara beberapa perkara yang kontroversi sejak bertahun-tahun lamanya. Sesetengahnya berpendapat jika kucing tersebut merupakan kucing indoor, tidak melepaskan diri dan tidak berhubung dengan binatang di luar maka tidak perlu lagi di vaksin selepas tempoh matang.
Ada juga yang berpendapat vaksinasi tahunan adalah tidak perlu tetapi yang penting adalah di vaksin secara kerap atau 2-3 kali setahun. Ada juga yang berkata vaksinasi tahunan adalah satu-satunya cara untuk selamat.
Bukan itu sahaja, jenis vaksin yang diberikan juga merupakan topik yang kontroversi.

Sebab itu jika kita pergi ke 3 buah klinik dan bertanya mengenai perkara ini mungkin kita akan mendapat 3 jawapan yang berbeza. Namun begitu, setiap pendapat yang berbeza ini mempunyai hujah yang boleh diterima, dan tidak bermakna pendapat orang lain adalah salah.

Sistem imunisasi kucing yang tidak terdedah kepada mana-mana penyakit adalah tidak begitu kuat berbanding yang pernah mengalaminya. Ini kerana mereka tidak berpeluang untuk membina imuniti untuk melawan penyakit tersebut.

Sepertimana kehidupan kita sendiri, jika kita tidak pernah jatuh, bagaimana kita akan belajar untuk bangun? Sebab itu kita tidak perlu takut untuk gagal kerana ini akan mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik.

Maka, apabila sistem imunisasi kucing dirangsang dengan penyakit, ia berpeluang untuk membina pertahanan melawan penyakit tersebut. Vaksinasi membolehkan kucing didedahkan kepada beberapa virus (dengan selamat), dan mengukuhkan imunisasi bukan sahaja melindungi dari penyakit tertentu sahaja tetapi untuk semua penyakit, secara umumnya.

Dalam masa yang sama juga, terdapat risiko yang melibatkan vaksinasi dan risiko ini meningkat dengan peningkatan kekerapan kucing kita divaksin.

Suntikan yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa akhirnya menjadi kanser yang memb*nuhnya. Ada sesetengah kucing pula mengalami tumor dari vaksin tertentu, seperti feline leukemia dan rabies.
Namun tidak semua kucing akan mengalami kes seperti ini.
Ia adalah ibarat pil Panadol. Jika kita demam, kita boleh memilih untuk makan Panadol untuk meredakan demam. Dalam masa yang sama, Panadol juga memberi risiko kepada kesihatan jika berlebihan, iaitu menjadi r4cun yang tersimpan di dalam hati dan buah pinggang.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah, vaksin adalah sebahagian aspek penting sebagai langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan kucing. Tetapi ramai yang salah faham dan menganggap vaksin adalah lebih penting berbanding pemeriksaan hands-on oleh doktor. Suntikan vaksin kini adalah murah sehingga ada pemilik yang mengabaikan pemeriksaan tahunan kesihatan kucing (medical check-up/annual health care).

BAGAIMANA VAKSIN BERFUNGSI?

Antibodi yang diperolehi dari ibu kucing bertujuan untuk melindungi anak kucing yang baru dilahirkan dari banyak penyakit. Ianya datang dari susu ibunya atau colostrum yang kaya dengan antibodi. Namun imuniti awal ini akan berkurang apabila anak kucing berumur 8 hingga 12 minggu. Pada peringkat ini, anak kucing itu memerlukan perlindungan tambahan.

Di sinilah fungsi vaksin, iaitu untuk mengajar sistem imuniti kucing untuk melawan ejen yang membawa penyakit-penyakit tertentu. Kebanyakan doktor akan bersetuju bahawa suntikan vaksin pada umur 8 minggu, dan kemudiannya pada umur 12 minggu adalah mencukupi.

Suntikan vaksin pada peringkat umur ini akan memberi perlindungan imuniti terhadap penyakit (bergantung kepada vaksin apa yang diberikan). Imuniti ini akan melindungi kucing dari kebanyakan simptom yang berkaitan dengan ejen penyakit tersebut, tetapi ciptaan ini tidaklah sempurna kerana jangkitan masih boleh berlaku. Cumanya risiko jangkitan boleh dikurangkan melalui suntikan vaksin.

Lebih kurang 14 hari diperlukan oleh kucing untuk membina sistem imuniti ini selepas suntikan vaksin diberikan. Tetapi tidak dapat dipastikan dengan tepat berapa lama pula perlindungan imuniti ini dapat bertahan selepas itu.

Vaksinasi tahunan telah lama menjadi piawaian veterinari, dan kebanyakan dari kita juga telah di ajar untuk memberi suntikan ini di klinik setiap tahun. Tetapi pendekatan ini telah mula dibahaskan sejak tahun 90-an lagi. Para veterinar mempersoalkan samada vaksin tahunan itu perlu atau tidak.

PENYAKIT YANG DAPAT DICEGAH MELALUI VAKSIN

Biasanya kita perlukan sehingga 14 hari selepas suntikan vaksin sebelum tindakbalas imuniti berfungsi dengan sepenuhnya.

Jadi, jika kita suntik kucing pada hari ini, dia tidak akan mempunyai perlindungan imuniti sehingga sekurang-kurangnya 14 hari selepas suntikan diberi.

Keputusan untuk vaksinasi terhadap penyakit-penyakit tertentu dinilai melalui beberapa faktor. Terdapat 11 jenis penyakit berjangkit yang boleh dilindungi oleh vaksin (dikeluarkan oleh beberapa pengeluar).

Setiap vaksin adalah spesifik, hanya memberikan perlindungan terhadap 1 jenis penyakit sahaja (dan mungkin 1-2 penyakit ringan yang lain).

Rhinotracheitis virus/feline herpes

Juga dikenali sebagai FVR (Feline Viral Rhinotracheiteis) atau FRV (Feline Rhinotracheiteis Virus), menyebabkan keradangan pada mata dan hidung.

Calici virus

Seperti FVR,  virus Calici menyerang sistem pernafasan termasuk mulut dan boleh merebak ke paru-paru.

Panleukopenia virus

Juga dikenali sebagai FPV, sangat-sangat merbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing, menyerang sistem saraf dan imuniti. Anda MEMANG tidak mahu kucing anda dijangkiti penyakit ini.

Chlamydia (pneumonitis)

Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kem4luan, pernafasan dan penghadaman, kesannya boleh dilihat pada mata dan jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.

Feline leukemia virus

Ringkasannya adalah FeLV, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kanser yang memb*nuh. Risiko tinggi jika kucing anda adalah outdoor, merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan dll) atau gigitan (bergaduh, bermain dll).

Rabies virus

Pernah dengar penyakit anjing gil4? Air liur yang sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang. Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.

Feline infectious peritonitis virus

Ringkasannya FIP, atau FECV (Feline Enteric Coronavirus), jangkitannya tidaklah serius dan biasanya kucing boleh kembali sihat. Tak banyak diketahui tentang penyakit ini, vaksin boleh kurangkan risiko tetapi jangkitan mungkin boleh berlaku juga.

Bordetella

Sangat merbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kem4tian. Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).

Ringworm fungus

Cacing gelang, didapati dari tanah dan najis, susah dikawal jika kucing outdoor. Boleh menjangkiti manusia tapi tidak serius, mudah diubati (kecuali anak kucing, jangkitan boleh menjadi serius).

Feline immunodeficiency virus

Ringkasannya FIV, kucing yang menghidapi FeLV berkemungkinan besar juga menghidapi FIV. Virus ini menyerang sel d4rah putih kucing, sama seperti AIDS pada manusia. Sistem imuniti akan lumpuh dan kucing terdedah kepada pelbagai penyakit lain, sangat merbahaya (tapi tidak menjangkiti manusia).

Giardia

Berpunca dari parasit yang hidup dalam najis kucing, sebab itu amat penting kita bersihkan kotak najisnya seberapa kerap (dan bersihkan diri anda selepas itu).  Menyebabkan kucing kehilangan nutrisi yang boleh membawa kepada penyakit lain. Boleh berjangkit pada manusia.

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK VAKSIN KUCING

Masih belum terlambat untuk anda memulakan vaksinasi kucing. Untuk anak kucing,  anak kucing perlu berusia 2 bulan ke atas dan berat dah mencecah 800g. Kalau rasa umur anak bulus dah lebih tapi belum vaksin lagi, boleh la segera hantar untuk elakkan apa-apa kesedihan terjadi di kemudian hari.

Sebelum membawa kucing anda untuk divaksin pastikan bahawa kucing anda 100% sihat sejahtera. Tiada demam, bersin, selesema, makan elok berselera tanpa ada kelainan dari rutin. Kalau kucing anda tiba tiba sahaja ber4k cair ke, atau tidak mahu main ke, sila beritahu vet anda. Vet akan tentukan sama ada kucing anda sesuai atau tidak untuk divaksin.

Artikel ini diolah dari: Gondu Manau Panau

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment