Apa yang anda perlu tahu mengenai pembentukan kristal struvite pada kucing

Kristal struvite adalah batu yang terbentuk di dalam saluran urinari kucing yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz dan apabila batu batu ini menutup saluran urinari, kucing anda perlu rawatan kecemasan secepat yang mungkin. Batu batu ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dengan cepat sebab itulah ini merupakan situasi kecemasan dan mengancam nyawa kucing anda.

Apa itu kristal Sruvite?

Kristal struvite adalah kristal mikroskopik yang dijumpai di dalam urin sesetengah kucing. Spesifiknya, struvite adalah material gabungan magnesium, ammonium dan phosphate dan menyebabkan batu yang kadangkala dikaitkan dengan jangkitan pada saluran urinari, namun tidak selalu. Kristal ini sangat menyerupai pasir halus dan kristal kristal halus ini boleh meradangkan pundi kencing kucing anda. Tambahan lagi kristal kristal ini boleh dijumpai di urethra atau boleh juga dijumpai di dalam buah pinggang. Dalam sesetengah kes, kristal-kristal halus ini boleh dikeluarkan dari badan dan terlarut. Ada juga yang memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan kristal kristal ini. Kejadian ini boleh berlaku pada kucing jantan dan juga betina tapi kucing jantan sering terjadi kerana saluran urethra mereka lebih sempit berbanding kucing betina.

Gejala kristal struvite pada kucing

Tanda tanda kristal struvite pada kucing yang perlu anda perhatikan adalah:

  • Kekerapan kencing
  • Kencing di luar kotak najis
  • Cuba untuk kencing tapi tiada urin yang keluar
  • Kekerapan menjilat bahagian peribadi
  • Kencing berdarah
  • Hilang selera makan
  • Depresi

Punca kristal struvite

Punca pembentukan kristal struvite pada kucing selalunya boleh dilihat dari pemakanan makanan kering. Oleh kerana kekurangan cecair dalam diet, urin kucing menjadi sangat pekat dan bahan bahan berasaskan tumbuhan yang ada di dalam makanan kering menyebabkan urin kucing menjadi sangat alkali. Gabungan antara alkali dan urin yang pekat boleh menyebabkan pembentukan struvite. Kucing boleh terdedah dengan batu ini kerana:

  • Kurang minum air
  • Tahap PH yang tinggi dalam urin (persekitaran alkali)
  • Terdapat keradangan pada saluran urinary bawah

Rawatan

Rawatan kristal struvite ini berasaskan pembuangan. Matlamat rawatan adalah untuk membuat urin kucing anda lebih bersifat asid dan cair. Untuk membuang kristal dengan berjaya, kristal kristal yang terdapat dalam badan kucing perlu dikeluarkan, dihancurkan atau dibuang secara pembedahan. Untuk menghancurkan batu baru tersebut diet yang khas merupakan tindakan yang terbaik. Makanan basah boleh membantu mengelakkan pembentukan batu baru. Kristal di dalam tubuh kucing selalunya mengambil masa dua ke lima bulan untuk hilang sepenuhnya. Jika kristal struvite berada di dalam urethra atau saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing, kristal kristal ini perlu dibuang secara pembedahan.

Cara mengelakkan kembalinya pembentukan kristal struvite

Cara yang terbaik untuk melindungi dan menghindarinya adalah diet daging mentah yang seimbang untuk membantu menghapuskan kristal struvite. Ini menggalakkan lebih banyak pH natural dalam urin.

Langkah tambahan untuk mengelakkan pembentukan kristal struvite dari berulang termasuklah:

  • Memberikan kucing anda makan dengan jumlah yang sedikit yang membantu mengurangkan kadar turun naik dalam pH urin kucing anda
  • Sediakan sumber air segar di dalam bekas yang banyak. Cuba gunakan water fountain.
  • Anda boleh sediakan kucing anda sup pati ayam sekiranya kucing anda sukar untuk minum air biasa.
  • Sediakan beberapa kotak najis di tempat yang sunyi
  • Elakkan kucing anda stress dengan mengurangkan perubahan yang berlaku di dalam rumah
  • Tambahan diet basah dalam diet harian kucing anda. Jangan berikan makanan kering sahaja

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment