Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kutu Pada Kucing

Kalau anda mempunyai kucing indoor, anda mungkin anggap yang kucing anda selamat dari kutu.

Malangnya ini tidak selalunya betul. Kucing indoor anda boleh dijangkiti kutu dari kucing yang berada di luar rumah anda. Hanya perlukan kutu tersebut menumpang pakaian anda apabila berada di luar rumah dan melompat masuk ke kucing anda.

Berikut merupakan apa yang anda perlu tahu mengenai kutu untuk menjaga kucing anda dari dijangkiti:

Apa bahayanya kutu ni?

Kutu mungkin kelihatan seperti masalah yang kecil sahaja, tapi sebenarnya ia boleh membahayakan kucing anda jika tidak dirawat.

  • Ada beberapa kucing yang alergi kepada air liur kutu. Jika kucing anda alergik, reaksinya terhadap gigitan kutu akan lebih teruk. Setiap gigitan akan menyebabkan keradangan dan kegatalan yang banyak. Penggaruan yang banyak akan menyebabkan kemerahan pada kulit, keguguran bulu dan kudis di seluruh tubuh kucing anda. Apa sahaja luka boleh jadi risiko jangkitan.
  • Apabila kucing merapikan diri sendiri secara tidak sengaja ia akan menelan kutu yang selalunya membawa larva cacing pita dan parasit yang lain. Parasit ini akan terus berkembang dalam saluran pencernaan kucing anda yang akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
  • Jangkitan kutu yang teruk boleh menyebabkan anemia.

Bagaimana kutu membiak?

Cara yang terbaik untuk memahami bagaimana untuk menghentikan sesuatu adalah dengan memahami bagaimana ia berfungsi. Berikut merupakan 4 tahap kitaran hidup kutu:

1. Telur

Sejurus kutu betina dewasa sudah memakan darah kucing anda, dia sudah boleh mula mengeluarkan telur. Selalunya kutu betina akan mengeluarkan 20-50 biji telur pada bulu kucing anda. Telur-telur ini tidak melekat, jadi ianya akan jatuh bertaburan kerana kucing akan bergerak. Pertama kali anda melihat telur kutu pada kucing anda, ketahuilah yang sudah berbiji-biji telur kutu yang jatuh bertaburan pada katil, perabot, pakaian dan karpet anda. Telur-telur ini selalunya berwarna putih dan lebih kecil dari butiran pasir. Anda mudah menemuinya pada tempat kucing anda selalu tidur dan lepak.

2. Larva

Larva selalunya buta apabila menetas dari telur jadi mereka akan bersembunyi dari cahaya. Larva kutu mengambil masa beberapa minggu untuk berubah ke tahap seterusnya dan akan memakan najis kutu dewasa dan apa sahaja bahan organik yang mereka boleh jumpa. Larva kutu selalunya kecil (kurang dari 1/4 inci), berwarna putih dan tidak mempunyai kaki. Jika rumah anda sesuai, larva ini akan mula menjadi kepompong dalam masa seminggu atau dua minggu setelah menetas.

3. Pupae

Tahap pupae adalah tahap yang terakhir sebelum kutu menjadi dewasa. Kepompong yang dihasilkan semasa larva mempunyai lapisan luaran yang melekat yang membantu mereka kekal di karpet, perabot dan katil. Kepompong yang melekat ini sangat kuat dan tidak mudah tertanggal walapun disapu dan divakum. Kutu dewasa akan keluar dari kepompong dalam beberapa hari atau beberapa minggu namun pupae boleh kekal terlindung di dalam kepompong selama beberapa bulan jika keadaan di luar tidak sesuai untuk kutu dewasa untuk hidup.

4. Kutu dewasa

Kutu dewasa akan mula memakan darah kucing anda dalam masa beberapa jam setelah keluar dari kepompong. Selepas hidangannya yang pertama, kutu dewasa ini akan mula membiak dan boleh mengeluarkan telur-telurnya dalam masa beberapa hari dan mulakan semula kitaran ini. Kutu dewasa hanya makan, membiak dan mengeluarkan telur pada kucing anda. Kitaran hidup seekor kutu dewasa boleh bertahan selama beberapa minggu ke beberapa bulan lamanya.

Menghapuskan kutu

Selepas mengesan adanya kutu pada kucing kita, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghapuskan kutu-kutu yang ada pada kucing kita.

BACA JUGA: Tips basmi kutu

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment