Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kucing Tortoiseshell

Macam susah kan nak sebut tortoiseshell? Hehe kucing tortie adalah kucing tiga warna yang mempunyai warna hitam sebagai warna dasar bulunya.

Kalau kucing calico warna dasarnya adalah putih, jadi kucing tortie berlawanan dari itu. Tapi tahukah anda kucing tortie sangat popular. Kita orang Malaysia selalu gelar kucing tortie ni kucing comot kan?

Berikut merupakan 10 fakta menarik yang anda mungkin tak tahu mengenai kucing tortie ni.

1. Dinamakan sempena rupa corak bulu mereka

Kucing tortie mendapat nama tortiseshell adalah kerana gabungan warna bulu mereka yang seakan-akan cengkerang kura-kura. Anda perlu lihat dengan lebih kreatif untuk nampak kaitan antara kucing jenis ini dengan cengkerang kura-kura.

2. Nampak seperti gambar negatif kucing calico

Seperti yang dijelaskan pada awal tadi, warna dasar calico adalah berwarna putih manakala kucing tortie disebaliknya.

3. Selalunya betina

Oleh sebab undang-undang genetik, kebanyakan kucing tortie adalah betina.

4. Kucing jantan tortie susah nak jumpa

Kurang dari 1% kucing tortie dilahirkan sebagai kucing jantan. Sebab inilah ianya sangat rare untuk menjumpai kucing tortie jantan. Kucing tortie jantan juga dikatakan mandul. Sekiranya anda menjumpai kucing tortie jantan, anggap sahaja diri ada beruntung.

5. Boleh terjadi pada mana-mana baka kucing

Kucing tortie bukanlah baka kucing, ianya adalah gabungan warna pada bulu kucing. Jadi hampir kesemua baka kucing boleh menjadi kucing tortie.

6. Dikenali kerana personalitinya

Kajian mengatakan yang kucing tortie mempunyai personaliti yang jelas, kucing yang sassy, bertenaga dan kadangkala agresif. Dalam beberapa kes kucing tortie merupakan salah satu kucing yang paling penyayang terhadap pemiliknya.

7. Boleh jadi garang

Ada kucing tortie yang mudah didekati dan ada pula kucing tortie yang kita perlu berhat-hati. Kucing tortie cenderung untuk menunjukkan tingkahlaku agresif seperti menggigit, mencakar dan sukar untuk ditangani.

8. Bawa tuah

Ramai yang percaya kucing tortie membawa nasib baik pada pemilik mereka ini adalah kerana terdapat banyak lagenda, kisah dongeng dan mitos yang mengatakan kucing ini membawa tuah. Oleh sebab itulah kucing tortie menjadi pilihan ramai pencinta kucing. Mereka merasakan yang jika membela kucing tortie, hidup mereka akan dihujani tuah dan nasib yang baik. Kita orang muslim jangan percaya k jatuh syirik pula nanti.

9. Sangat popular di Asia

Oleh sebab poin no 8 tulah kucing tortie sangat popular di Asia. Di Asia, kucing tortie dikatakan sebagai simbol status.

10. Boleh halau hantu

Pada zaman dahulu, pelayar mempunyai tabiat membawa kucing bersama mereka ketika berlayar dan pergi memancing. Mereka mempercayai bahawa kucing-kucing ini dapat menghalau hantu. Kedengaran macam pelik kan, tapi sehingga sekarang ada yang mempercayai bahawa kucing tortie dapat melindungi kediaman mereka dari hantu.

Ada bela kucing tortie ke? Kongsi la gambar kucing tortie chuols kat ruangan komen tau.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment