Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai FIP (Feline Infectious Peritonitis)

Feline Infectious Peritonitis (FIP) adalah penyakit tular yang menjangkiti kucing di seluruh dunia.

Tidak semua kucing yang diserang virus ini akan jatuh sakit namun kucing yang menunjukkan tanda tanda FIP seringkali menjadi punca tularnya penyakit ini. Terdapat dua jenis bentuk penyakit ini: jenis basah dan jenis kering. Kedua duanya sukar untuk didiagnos.

APA ITU FIP?

FIP adalah penyakit kompleks yang berpunca dari coronavirus kucing. Dengan lambakan jumlah kucing yang diserang coronavirus, hanya sedikit sahaja yang akan dijangkiti FIP. FIP merupakan mutasi virus di dalam tubuh badan yang bergabung dengan respon sistem imunisasi kucing. Gabungan ini menjurus kepada pelbagai kecederaan dalam sistem organ. Virus yang termutasi ini tidak dapat dikeluarkan oleh kucing jadi sementara FIP ini sebenarnya tidak berjangkit, semakin banyak coronavirus kucing jinak yang lebih berjangkit kepada kucing yang lain. Bagaimana pun FIP tidak berjangkit ke anjing dan juga manusia.

TANDA TANDA DAN GEJALA FIP

Terdapat dua kategori utama FIP iaitu jenis basah dan jenis kering yang masing masing mempunyai ciri ciri yang berbeza. Walaubagaimanapun, dua jenis yang berbeza ini tidak semestinya berpisah, ada juga kucing yang mengalami kedua dua gejala ini.

Gejala biasa dari FIP jenis basah:

  • Tekanan pada abdomen kerana pengumpulan cecair
  • Kesukaran bernafas kerana tekanan pada paru paru
  • Demam berpanjangan dan tidak sembuh
  • Tiada selera makan
  • Kekurangan berat badan
  • Depresi

Gejala biasa dari FIP jenis kering:

  • Demam berpanjangan dan tidak sembuh
  • Tiada selera makan
  • Depresi
  • Kekurangan berat badan
  • Pelbagai tanda tanda lain yang berkaitan dengan kegagalan organ (buah pinggang, hati, pankreas, sistem saraf, mata)

Punca FIP

FIP selalu terjadi pada kucing muda yang kurang dari 3 tahun namun ia juga boleh berlaku kepada kucing pelbagai usia. Dikatakan proses mutasi virus yang membawa kepada FIP lebih kerap berlaku pada kucing yang tidak matang atau sistem imunisasi lemah. Coronavirus yang disebarkan secara terus melalui hidung dan mulut kepada najis yang sudah dijangkiti.

Berkongsi kotak najis merupakan laluan utama penyebaran coronavirus di antara kucing. FIP hanya berkembang pada kucing yang sudah dijangkiti coronavirus jadi pendedahan tidak bermakna automatiknya kucing akan diserang FIP.

Malangnya tiada rawatan untuk FIP. Hanya rawatan sokongan termasuk mengeluarkan pengumpulan cecair di dalam abdomen dapat memberikan keselesaan pada kucing yagn dijangkiti. Pelbagai ubat ubatan direka untuk mengurangkan respon imun tidak normal kepada virus atau mengurangkan keupayaan virus untuk membiak sudah dicuba dan mungkin memberikan sedikit kelegaan pada penyakit ini.

Secara keseluruhannya, kucing yang diserang FIP jenis basah cepat gagal melawan virus ini (dari beberapa hari ke minggu) berbanding kucing yang diserang FIP jenis kering (mengambil masa berbulan bulan), walaupun ada yang mampu hidup selepas beberapa bulan.

Dengan mencegah dari pendedahan coronavirus merupakan cara yagn terbaik untuk mengelak dari FIP. Membela kucing anda di dalam rumah (indoors) memberikan mereka perlindungan.

Terdapat vaksin untuk FIP walaupun penggunaannya masih lagi kontroversial. Vaksin ini diberikan ke dalam hidung dan direka untuk menghasilkan hanya respon untuk menghalang virus tersebut dari menguasai tubuh badan kucing. Vaksin ini tidaklah 100% berkesan dan ia perlu diberikan sebelum pendedahan semulajadi kepada coronavirus untuk lebih berkesan.

Oleh kerana FIP agak jarang berlaku dalam kesemua populasi kucing, keperluan untuk penggunaan seharian vaksin FIP ini masih tidak jelas dan pasti. Veterinar anda boleh berbincang mengenai penggunaan vaksin FIP untuk kucing anda.

Kucing yang berkongsi rumah dengan kucing yang dijangkiti FIP tidak mempunyai risiko untuk diserang FIP melainkan kucing kucing tersebut merupakan adik beradik yang berkongsi kecenderungan genetik. Mereka juga mungkin sudah didedahkan dengan coronavirus jadi tidak perlu langkah berjaga jaga yang spesial. Veterinar anda boleh menyediakan nasihat tambahan dalam penjagaan di rumah. Jika anda membawa pulang kucing baru, sila pastikan kucing tersebut tidak dijangkiti coronavirus untuk memastikan kucing kucing anda yang sihat tidak dijangkiti.

PERLU DIINGATKAN UNTUK MEMBAWA KUCING ANDA KE VETERINAR BERHAMPIRAN SEKIRANYA KUCING ANDA ADA TANDA TANDA DIJANGKITI FIP

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment