Apa Yang Akan Terjadi Pada Kucing Lepas Hari Kiamat?

Apakah yang akan terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti?

Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?
Atau bagaimana?

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2.
Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.”

Allah akan mengarahkan mereka :

‘Jadilah debu!’.

Maka berkatalah orang kafir :

“Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah” (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)
(Surah al-Naba’ : 40].

Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’)
di dalam hadis tiupan sangka-kala”

Ya, akan menjadi debu. Tidak ke Syurga dan tidak juga ke Neraka.

Kucing ini pada Hari Akhirat nanti akan menjadi debu. Terhenti setakat itu. Tidak masuk ke Syurga dan tidak pula ke Neraka. Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja. Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu.

Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti.

Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara ada ujian ALLAH untuk kita.
Samada kita berbuat baik atau z4lim dengannya, semuanya akan dicatit.

Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, maka lakukanlah kebaikan kepadanya.

Cara untuk melakukan kebaikan untuk kucing dan haiwan yang lain:

  • Menyantuninya.
  • Memberinya makan atau minum.
  • Menyediakan tempat tinggal.
  • Mengubatinya jika ia sakit.
  • Menolongnya jika ia terjatuh atau tersekat.
  • Menemukan dia dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya.

Itu semua boleh  memberatkan catitan amal pahala kita. Seterusnya dapat mendekatkan kita kepada redha ALLAH Taala dan SyurgaNYA.

Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita menambah d0sa dengan menyepaknya, dengan mengherdiknya, dengan menipunya, dengan menderanya dan lain-lain yang boleh menyakiti hati dan tubuhnya.

Haiwan-haiwan ini boleh dijadikan ‘lubuk pahala’ kepada kita. Iaitu melalui mereka, kita dapat menjana pahala kebaikan dari sisi ALLAH Jalla wa A`la. Jangan sampai ia menjadi d0sa kepada kita pula.

Jadi, ia terpulang kepada kita untuk memilihnya: Memilih untuk mendapat pahala melaluinya. Memilih untuk mendapat d0sa melaluinya atau Memilih untuk tidak berbuat apa-apa.

Sumber: Muzir.wordpress

p/s: tapikan kalau tak ke syurga tak juga ke neraka kenapa ada istilah haiwan dari syurga dan haiwan dari neraka?? Tapi apa apa pun berbuat baik pada haiwan sudah tentu akan memberi syafaat buat kita kelak.

Tidak perlu berbalah mengenai perkara ini. Perkara yang khilafiyah. Yang kita perlu yakin, ada banyak binatang yang berada di dalam syurga. Kerana ia disebut di dalam hadis. Seorang laki-laki berkata “Ya, Rasulullah, saya ini minat bermain kuda. Maka, adakah di dalam syurga itu adanya kuda?” Nabi menjawabnya “Ya. Bahkan kuda itu boleh terbang”

Menunjukkan di sini adanya kuda di dalam syurga. Melalui hadis inilah, dilukis kuda-kuda terbang di dalam dinding-dinding gereja terutamanya di Sepanyol. Jika di Rome, banyaknya lukisan Nabi Isa dengan Maryam. Di Sepanyol banyak gambar-gambar syurga. Di antaranya kuda putih yang terbang. Itu yang nabi sebut di dalam hadis. Kuda ada dua sayap yang boleh terbang.

Jadi, apa yang kita minat, binatang apa yang kita minat, ada di dalam syurga. Jika minat burung titit, mung masuk syurga, ada tak burung dalam syurga? Ada. Tetapi istimewa. Ada hadis lain yang mengatakan, kita melihat comelnya ayam itu, comelnya burung. Ayam itu bertanya semula kepada kita “Nak makan?”  Kita pun mengatakan “Nak”. “Masak lagu mana?” tanyanya balik kepada kita. Kita pun jawab “3 Rasa”. Kemudian, burung pun sendiri berguling-guling masuk dalam kuali dan menjadi makanan. Lalu ia kita makan. Di sini menunjukkan adanya binatang di dalam syurga.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment