Apa Perbez4an Di Antara Kutu dan Hama?

Mengetahui sama ada apa yang mengganggu anda kutu atau hama boleh memberikan banyak perbezaan. Ini cara untuk mengetahui perbezaannya.

Jika anda tidak pasti anda diganggu hama atau kutu, anda bukan keseorangan. Soal selidik yang dijalankan oleh pembasmi haiwan perosak menunjukkan yang 2/3 pelanggan mereka menghubungi mengenai masalah kutu rupa-rupanya masalah hama. Ini caranya untuk mengetahui anda mempunyai masalah kutu atau hama.

Kutu lebih kecil

Kedua-dua pemakan darah tapi adakah yang menggigit anda itu hama atau kutu? Berwarna coklat ke merah kecoklatan, kutu lebih kecil berbanding hama katil. Bersaiz sekecil biji bijan dan bentuknya leper secara menegak. Lebih tinggi dari kelebaran mereka.

Manakala hama katil pula lebih kepada bentuk pancake. Leper secara melintang. Berwarna coklat ke coklat kemerahan bergantung kepada darah terakhir yang mereka makan. Bentuk dan saiz mereka juga bergantung kepada tahap usia mereka dan berapa baru mereka menghisap darah anda.

Permulaan kehidupan berbeza

Kutu melalui metamorfosis lengkap dari telur, larza, pupa dan dewasa dan hanya kutu dewasa yang menghisap darah.

Hama pula mempunyai metamorfosis yang tidak lengkap dari telur, nim dan dewasa. Nim dan hama dewasa menghisap darah. Mengesan telur hama akan membantu anda menghapuskan infestasi dengan lebih cepat.

Seekor lompat, seekor lagi merangkak

Kedua-duanya mempunyai 6 kaki tapi adakah kedua-duanya boleh melompat? Kutu dikenali dengan pergerakan mereka yang melompat-lompat. Manakala hama merangkak.

MenurutĀ University of Missouri Extension, seekor kutu dewasa boleh melompat setinggi 8 inci secara melintang dan 16 inci secara menegak. Hama katil tidak mempunyai kelebihan tersebut jadi mereka hanya merangkak untuk bergerak.

Seekor tinggal di hos, seekor lagi mempunyai rumah sendiri

Anda boleh berasa lega yang kedua-duanya tidak membuat kediaman pada manusia. Namun kutu suka tinggal pada hos yang hidup iaitu haiwan berdarah panas seperti kucing, anjing atau haiwan liar seperti tikus, tupai dan sebagainya. Kutu mempunyai tulang belakang yang menghadap kebelakang untuk bergerak dalam bulu haiwan dengan mudah. Tulang belakang yang menghadap ke belakang ini juga membuatkan anda susah untuk mengeluarkannya dari bulu haiwan peliharaan anda.

Hama katil hanya perlu berada berdekatan dengan sumber darah, jadi pada siang hari ia akan bersembunyi pada dinding, rekahan atau ruang gelap pada kstil anda. Pada waktu malam ia akan keluar untuk menghisap darah. Sesudah kenyang dan mengembang, ia akan pulang semula ke sarang.

 

Adakah ini disebabkan hama atau kutu?

Flea bites

Kedua-duanya hidup dengan menghisap darah mamalia namun hama lebih suka darah manusia manakala kutu lebih suka darah haiwan. Gigitan hama boleh jadi pada mana-mana bahagian tubuh anda, dan reaksi yang anda alami berbeza-beza bergantung kepada tubuh anda reaksi kepada protein air liur hama tersebut. Selalunya terjadi benjolan merah yang gatal. Gigitan hama juga boleh muncul sebagai lepuh dan lecetan.

Manakala kutu lebih menyukai haiwan peliharaan anda yang berdarah panas tapi kadangkala kutu juga akan menyerang betis anda jika mendapat peluang. Kutu seringkali membiak di karpet dan lamtai anda, dan akan melompat ke betis anda kawasan di bawah lutut. Gigitan tersebut kelihatan seperti benjolan kecil dengan halo kemerahan dan tersangatlah gatal.

Baca juga: Tips mengurangkan kutu pada kucing anda

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment