Apa Itu Dermatitis Pada Kucing Dan Apa Yang Boleh Anda Lakukan

Adakah kucing anda mengalami kegatalan atau menjilat tubuhnya secara berlebih-lebihan?

Adakah anda menemui kudis pada kucing anda? Ketahui 3 jenis dermatitis pada kucing dan bagaimana untuk berhadapan dengan masalah kulit ini.

Kucing anda mengalami kegatalan atau anda menemui kudis pada kucing anda? Jika anda perasan kucing anda menggaru atau menjilat tubuhnya secara berlebihan, kucing anda mungkin mengalami dermatitis.

Dermatitis adalah terma umum yang menjelaskan keradangan pada kulit. Keradangan ini selalunya disebabkan alergi dan ianya sangat gatal.

BACA JUGA: Adakah kucing anda mengalami alerti atau intoleran makanan?

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya kucing mengalami dermatitis?

Kucing yang mengalami dermatitis mungkin mencakar, menjilat atau mengunyah kulitnya yang menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Anda dapat melihat pada kulit kucing anda lepuhan, benjolan, kerak, kudis, kemerahan atau kebotakan pada sesetengah kawasan. Kadangkala ada kes di mana seluruh kawasan perut kucing menjadi botak.

Selalunya anda mungkin tidak dapat melihat apa-apa pun lebih-lebih lagi kucing anda berbulu lebat.

Menurut Dr. Aimee Simpson V.M.D, pengarah perubatan di VCA Cat Hospital di Philadelphia berkata,

“Di dalam telinga adalah salah satu tempat kucing anda menggaru dengan banyak dimana pemilik kucing mungkin tidak selalunya perasan, namun terdapat beberapa kawasan di hadapan telinga kucing, anda akan dapat melihat kesan calar.

Anda mungkin menyedari yang kucing anda kelihatan sibuk, di mana setiap kali ia berbaring ia seperti mengunyah kulitnya sendiri.”

Selalunya, dermatitis pada kucing disebabkan  oleh alergi terhadap satu antara tiga perkara ini iaitu kutu, makanan atay persekitaran pencetus alergen seperti debunga dan kulapuk. Untuk merawat secara efektif, veterinar perlu mengetahui puncanya.

Tiga jenis dermatitis kucing 

1. Dermatitis Alergi-Kutu

Menurut Dr Simpson,

“Dermatitis Alergi-Kutu datangnya dari air liur gigitan kutu adalah satu perkara yang sangat biasa.

Ianya lebih kepada isu bermusim yang lebih teruk pada musim panas namun bergantung kepada negara anda tinggal. 

Mujur alergi jenis ini mudah untuk dirawat iaitu dengan hanya menghapuskan kutu.

BACA JUGA: 10 tips basmi kutu

2. Dermatitis Alergi-Makanan

Reaksi kulit jenis ini berlaku apabila kucing anda alergi kepada sesetengah protein di dalam makanannya. Ianya tidak mustahil bagi kucing untuk mengalami alergi makanan pada bila-bila masa dalam kehidupannya, walaupun kucing anda memakan makanan yang sama selama beberapa tahun tanpa ada isu apa-apa pun.

Untuk mendapatkan hasil yang tepat, kucing yang menjalani ujian makanan hanya boleh makanan diet khas yang dipreskripsi selama tempoh ujian penentuan alergi. Ini bermakna tiada makanan lain termasuklah snek, makanan manusia dan ubat-ubatan yang berperisa. Jika kulit kucing semakin baik sepanjang diet khas tersebut, jadi alergi makananlah yang menjadi punca dermatitis dan anda perlu menjaga apa yang dimakan oleh kucing anda

3. Dermatitis Atopik

Jenis yang terakhir adalah dermatitis atopik yang bermakna kucing anda mengalami reaksi terhadap alergen yang ada di persekitaran seperti debunga, kulapuk atau rumput.

Jenis alergi seperti ini sukar untuk ditangani oleh kerana anda tidak dapat menghapuskan alergen ini dari persekitaran kucing anda. Dalam kebanyakan kes, kucing yang mengalami alergi jenis ini perlu mengambil ubat sepanjang hayatnya.

Kesimpulan

Kemelecetan pada kulit tidak selalunya menunjukkan kucing tersebut mengalami dermatitis. Keadaan lain yang kadang kala lebih serius boleh kelihatan seperti dermatitis alergi termasuklah kecacingan, hama (scabies), cutaneous lumphoma (sejenis kanser) dan Pemphigus foliaceous (sejenis penyakit imun) jadi amatlah penting untuk mendapatkan pemeriksaan dari veterinar terlebih dahulu.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment