Apa Itu ‘Cat Sploot’ Dan Kenapa Kucing Duduk Seperti Katak

Tak pasti apa itu cat sploot atau anda tidak pernah dengar istilah ini?

Cat Sploot ni ialah kucing anda duduk atas perut dengan kaki melunjur ke luar, nampak macam katak. Duduk melepet la kiranya kalau bahasa kita yang mudah faham.

Berikut merupakan sebab-sebab kenapa kucing suka duduk macam tu:

1.  Kucing anda suka regangan seluruh badan

Seperti manusia, apabila kucing anda meregangkan badan, mereka melepaskan tekanan yang ada pada tubuh mereka dan melepaskannya. Anda mungkin perasan selepas sesi bermain kucing anda akan duduk melepet apabila sedang rileks. Anggap sahaja kucing anda melakukan posisi yoga…

2. Kucing anda selesa

Walaupun tidak semua manusia tu fleksibel, hampir kesemua kucing fleksibel. Walaupun nampak macam menyakitkan (kalau kita duduk macam tulah) tapi ketahuilah yang posisi tersebut sangat selesa buat kucing.

3. Meregang adalah cara kucing menyejukkan tubuh mereka

Kalau musim panas mesti anda perasan yang kucing kita duduk terlepet atas permukaan sejuk seperti atas lantai? Cat Sploot adalah perkara biasa terjadi apabila kucing anda cuba untuk menyejukkan tubuh mereka. Bukan sahaja posisi ini selesa buat kucing, malah ini juga merupakan teknik untuk menyejukkan kucing.

Fakta menarik:Anak kucing dan kucing yang lebih muda mudah dilihat untuk melakukan cat sploot kerana sendi mereka lebih longgar berbanding kucing dewasa atau kucing yang sudah berusia.

Kucing MM masa kecil selalu juga buat cat sploot ni. Bila dah besar sikit dah jarang tengok ia duduk macam tu. Tengok jelah gambar kucing MM masa kecil dulu.. (Maafkan seni lukis anak-anak MM kat dinding tu)

Jadi jika kucing anda suka duduk seperti ini anda tidak perlu risau. Cat Sploot adalah normal dan ada kebaikannya kerana ia meregangkan otot dan meningkatkan fleksibiliti kucing.

Suka kucing? Jangan lupa like The Mamamiaow

Leave a comment