Apa Benda Bintik Hitam Yang Ada Pada Hidung Dan Bibir Kucing Ni

Perasan tak ada bintik-bintik warna hitam muncul di bibir, hidung dan kawasan mata lebih-lebih lagi kucing oreng yang sudah berusia?

Pertama sekali anda tidak perlu risau. Bintik-bintik ni tidak merbahayakan pun.

Kenapa kucing oren ada bintik hitam ni?

Sebab paling utama bintik ini adalah lentigo simplex, satu keadaan genetik di mana sering berlaku kepada kucing belang oren, kucing calico dan kucing tortie. Kebanyakan bintik ini muncul pada kucing yang pertengahan usia namun ada juga yang muncul seawal kucing berumur satu tahun.

Bintik apa ni?

Bintik ini adalah hasil daripada sel pembentukan pigmen yang dipanggil melanocyte yang menjadikan kawasan kulit tersebut mempunyai lebih melanin dari kawasan kulit yang lain. Sehingga kini tiada yang tahu kenapa ada beberapa kucing yang mengalami kecenderungan genetik untuk lentigo (nama bintik tersebut), namun ianya sering terjadi pada kucing yang mempunyai gen bulu warna merah/ oren. Kucing yang berwarna krim dan kelabu perak juga ada yang mengalami lentigo.

Lentigo bukan kanser

Ok tak perlu risau bintik-bintik ini bukanlah kanser. Lentigo ni langsung tidak merbahaya. Sama macam bintik pada wajah manusia. Namun kadang-kala lentigo juga menutup beberapa melanoma (kanser kulit) dan jika bintik pada kucing anda semakin membesar, membenjol dan menghitam, bawa kucing anda untuk diperiksa doktor veterinar.

Kucing oren chuols ada ke bintik hitam ni? Ce kongsi gambar dorang kat ruangan komen k

Suka kucing? Jom like The Mamamiaow

Leave a comment