Anjing Yang Hilang Ini Setia Menunggu Tuannya Di Tepi Jalan Sehinggalah Bertemu Semula Tuannya 4 Tahun Kemudian

Seorang warga Thailand berkongsikan kisah anjing bernama Leo bersama gambarnya. Netizen ini berkat ayang mereka selalu terlihat Leo duduk di tepi jalan dan mereka ingat yang Leo dibuang oleh tuannya.

Walaubagaimanapun mereka melihat ada seorang wanita memberi makan Leo dan Leo kelihatan terjaga jadi mereka mula bertanya.

Rupa-rupanya sudah 4 tahun Leo menunggu tuannya di tepi jalan. Apabila mereka bertanya kepada wanita yang menjaga Leo ini dia berkata, apabila dia melihat Leo buat kali pertama pada beberapa tahun yang lalu ia sangat kurus dan mempunyai penyakit kulit. Dia selamatkannya dan bawanya pulang dan merawatnya sehingga sihat.

Tidak lama kemudian wanita ini terkejut apabila mendapati Leo hilang dari rumahnya dan keluar pergi mencari Leo. Rupa-rupanya Leo kembali ke tepi jalan tempat asal ia dijumpai dan kelihatan seperti menunggu seseorang…

Leo tidak mahu ikutnya pulang, jadi terpaksalah dia memberi makan Leo di tepi jalan setiap hari. Kadangkala apabila dia sibuk dia akan meminta ahli keluarganya bantu memberi makan Leo. Netizen yang kasihan melihat Leo yang sabar menunggu tuannya di tepi jalan memutuskan untuk berkongsikan kisah Leo di media sosial dalam harapan mereka dapat mengesan tuan Leo.

Akhirnya ada seseorang mendekati mereka dan berkata empat tahun lalu ada saudara mereka kehilangan anjing bernama BonBon. Saudara mereka membawa BonBon keluar berjalan-jalan tapi dalam perjalanan mereka menyedari yang anjing mereka sudah hilang, mungkin lompat keluar dari kereta. Mereka risau dan cuba pelbagai cara mencari anjing mereka selama seminggu di kawasan sekitar namun gagal.

Tuan asal sangat lega apabila mengetahui yang BonBon masih hidup dan dijaga elok walaupun sudah beberapa tahun. Mereka bersyukur kepada wanita baik hati yang menjaga BonBon dan beberapa hari yang lalu, mereka datang untuk mengambil BonBon pulang ke rumah mereka.

Walaubagaimanapun, kelihatan seperti BonBon/Leo seperti tidak mahu pulang ke rumah walaupun tuan asalnya datang kembali kepadanya. Menurut Dog Thailand, tuan asalnya berkara yang dia nampak yang BonBon seperti enggan meninggalkan kawasan tersebut walaupun ia kelihatan sangat gembira apabila berjumpa semula dengan keluarga asalnya.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membiarkan BonBon duduk bersama tuan barunya dan akan melawatnya pada bila-bila masa. Tuan asalnya berkata mereka tidak mahu menyakiti BonBon dan sudah bersedia untuk menyambut kepulangannya namun oleh kerana BonBon sukakan tempat barunya, mereka membenarkan BonBon untuk tinggal di sana.

P/S: MM rasa Leo terhutang budi dengan wanita yang jaga dia, tu yang dia enggan balik walaupun dah jumpa semula dengan tuan asalnya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment