Anjing Yang Dibuang Oleh Pemilik Kereta Hilux Di Petronas Kuantan Temui Pemilik Baru

Seorang lelaki yang memandu kereta Hilux membuang anjingnya di Petronas Jaya Gading Batu 10, Kuantan dan terus meninggalkan tempat kejadian tanpa rasa bersalah.

Mujur ada seorang wanita, Nur Syazana menyaksikan kejadian tersebut dan segera mengepos situasi tersebut di Facebooknya. 

Mujur tindakan cepatnya itu menyelamatkan anjing malang tersebut.

Ada seorang wanita yang diminta rahsiakan identitinya sudah tiba di Petronas tersebut dan mengambil anjing tersebut.

Dalam kemaskini sebelum dia memadam pos tersebut, Syazana berterima kasih kepada sesiapa yang bantu share posnya ini kerana akhirnya anjing ini ada rumah untuk didiami.

Kalau anda berada di dalam situasi di mana anda perlu melepaskan haiwan peliharaan anda, gunalah cara yang lebih berperikemanusiaan sikit. Sebagai contoh anda boleh iklankan di Pet Finder mungkin ada yang mahu mengambil bela haiwan peliharaan anda tu.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment