Anjing Boleh Dilatih Untuk Menghidu Virus COVID-19 Pada Manusia

Medical Detection Dogs (MDD), sudah menjalani kajian bertahun-tahun dalam mengetahui keupayaan anjing untuk menghidu dan mengesan penyakit pada manusia.

Sebelum ini MDD bekerjasama bersama-sama London School of Hygiene and Tropical Medicine(LSHTM) dan Universiti Durham, berjaya membuktikan bahawa anjing boleh dilatih untuk mengesan malaria.

Pasukan ini lagi sekali bekerjasama untuk melatih anjing-anjing mereka selama 6 minggu supaya anjing-anjing ini dapat mengesan virus COVID-19.

Anjing yang terlatih dapat mengesan bau virus serta perubahan yang berlaku pada suhu tubuh manusia.

CEO MDD, Dr Claire Guest dalam kenyataannya yang diterbitkan di laman web rasmi mereka berkata,

“Pada dasarnya, kami pasti yang anjing dapat mengesan COVID-19. Kini kami mencari cara bagaimana untuk kami mengambil bau virus tersebut dari pesakit COVID-19 untuk diberikan kepada anjing kami.

Matlamatnya supaya anjing tersebut mampu untuk membuat saringan terhadap semua orang termasuklah  siapa yang tidak menunjukkan gejala dan ini dapat menyatakan samada mereka perlu tidak untuk diuji.

Ini akan menjadi saringan yang cepat, efektif dan tidak invasif serta dapat memastikan sumber ujian NHS yang terhad hanya digunakan apabila diperlukan sahaja.”

Mana tahu kan lepas ni anjing boleh digunakan untuk kesan COVID-19 dengan lebih efektif lebih-lebih lagi individu yang tidak menunjukkan sebarang gejala.

Suka kucing dan haiwan lain? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment