Anda Tidak Akan Percaya Berapa Ekor Kucing Yang Tingg4l Di Apartment Ini

Pegawai Toronto Animal Services menemui 300 ekor kucing tinggal di dalam apartment yang sempit!

Pasukan tersebut merespon kepada panggilan dari orang ramai yang mengambil berat. Pada mulanya laporan mengatakan yang terdapat lebih kurang 70 ekor kucing tinggal dalam kediaman yang kecil itu.

Hari yang sangat sibuk

Pegawai-pegawai ini sudah bersedia untuk menghadapi hari paling sibuk mereka dan tidak dapat percaya apa yang mereka lihat sekumpulan kucing yang terlalu banyak! Gambar yang diambil oleh pasukan penyelamat ini menunjukkan setiap bilik dipenuhi najis manakala ada juga di setiap tangga.

Walaupun keadaan yang tidak bersih dan sesak itu, kesemua kucing-kucing itu dalam keadaan yang baik.

Beberapa ekor kucing tersebut sedang bunting dan hampir tiba masa untuk melahirkan anak.

Kesemua kucing-kucing ini kini berada dalam penjagaan sementara di mana mereka akan dikasi dan dimandulkan serta divaksin sebelum dibuka untuk adopsi.

Tidak pasti sama ada pemilik kucing-kucing ini akan menghadapi mana-mana pertuduhan jenayah kekejaman haiwan.

6 ekor kucing sudah lebih dari mencukupi

Bandar Toronto mempunyai undang-undang kebajikan haiwan yang tegas. Walaupun ada undang-undang yang hanya membolehkan seorang itu membela maksima hanya 6 ekor kucing, ini bukan kejadian pertama penyelamatan kucing terbesar di bandar Kanada itu.

Pada bulan Mac yang lalu pasukan penyelamat yang  sama dihubungi setelah penemuan lebih 100 ekor kucing di dalam kediaman tempatan. Keadaan kucing-kucing tersebut sangat buruk: banyak perlu dirawat untuk kutu dan keguguran bulu.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

 

Leave a comment