Anak Kucing Diselamatkan Ini Tidak Berhenti Berbunyi Sehinggalah…..

Seorang lelaki menyelamatkan anak kucing di jalanan Brooklyn. Namun anak kucing tersebut tidak berhenti berbunyi sehinggalah adiknya ditemui semula.

Pada November tahun lepas, Will dari Flatbush Cats, merupakan penyelamat kucing jenis T-N-R (tangkap, kembiri, lepas) di Flatbush, Brooklyn mendengar bunyi anak kucing belakang tong sampah. Bunyi tersebut sangat kuat dan ia merupakan bunyi kucing paling kuat yang dia pernah dengar.

“Anak kucing ini berbunyi sekuat hatinya. Anda boleh dengar dari beberapa blok,” kata Will.

Mereka sudah pun penuh dengan kucing yang diselamatkan namun apabila mereka melihat anak kucing ini mereka tidak sanggup untuk menolaknya. Mereka membawa anak kucing ini pulang ke rumah dan namakannya Sonny.

Pasangan Will, Divha memberikan Sonny sebanyak mungkin belaian selepas dimandikan.

Sejak dari itulah Sonny mula berbunyi purr. Untuk kali pertama dalam hidupnya ia selesa dan disayangi.

Sedangkan satu jam yang lalu ia berbunyi sendirian belakang tong sampah, namun kini is bersih, bebas kutu, diberi makan dan purring dengan gembiranya.

Walaupun begitu anak kucing ini tidak lagi berhenti berbunyi seperti ia menangis. Will kembali semula ke lokasi sama Sonny dijumpai dan dia menjumpai seekor lagi anak kucing bersembunyi belakang pagar. Anak kucing tersebut kelihatan sangat serupa dengan Sonny— kedua duanya kucing belang dan sebaya. Ketika itulah Will tahu yang anak kucing ini merupakan adik kepada Sonny.

Will umpan anak kucing tersebut dengan sedikit makanan supaya ia keluar dari pagar tersebut. Apabila berjaya mengambil anak kucing tersebut, Will membawa pulang untuk bertemu dengan Sonny.

Mereka menamakannya Sal. Ia sangat takut dan tidak mahu dipegang sehinggalah ia nampak abangnya bersebelahan.

Ketika itulah Sal mula tenang dan benarkan Will membelainya.

Selepas mendapat sedikit snek, Sal mula menunjukkan kepercayaan dan kasih sayang.

Selepas beberapa jam, Sal mula berasa selesa dengan kawan manusianya dan dua adik beradik ini kembali bermain dan berpelukan semula.

Anak anak kucing ini sangat gemuruh semasa lawatan vet pertama mereka. Kedua duanya memerlukan banyak penjagaan perubatan.

Mereka dirawat untuk giardia, keadaan biasa bagi parasit usus- lebih lebih lagi anak kucing yang diselamatkan dari kawasan yang tidak bersih.”

Selepas beberapa minggu menyesuaikan diri, personaliti mereka mula menyinar.

Kedua duanya suka dibelai di riba dan kadang kala memanjat kaki untuk perhatian dan kasih sayang.

Sejak dari pertemuan semula adik beradik ini, kedua duanya tidak pernah berenggang.

Sonny dan Sal betul betul tidak boleh dipisahkan.

Pasangan ini tahu yang mereka perlu segera mencari kediaman tetap untuk kedua dua adik kucing ini. Dan mereka jumpa!

“Sonny dan Sal berkembang maju di kediaman tetap mereka. Mereka tetap bersama dan berlari lari sambil mengacau ibu barunya pada pukul 5 pagi setiap hari,” kata Will.

“Kedua duanya tidak lagi meluangkan masa di jalanan yang sejuk.”

Kedua dua ekor anak kucing ini berjaya diselamatkan dari kehidupan jalanan yang sukar sehinggalah kini mendapat rumah yang selesa dan penuh kasih sayang.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment