Anak Kucing Dijumpai Dua Bulan Kemudian Sejauh 1,700 KM Dari Rumahnya

Apabila ada sesetengah kucing yang lebih suka tidur di sofa, anak kucing bernama Daisy Bandit ini merupakan kucing yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pengembaraan.

Berasal dari Dearborn, Michigan, anak kucing belang ini dilaporkan hilang sebelum Halloween tahun lepas.

Mengejutkan, anak kucing ini ditemui dua bulan kemudian di kawasan hangat dan terik Tampa, Florida dalam lingkungan 1770 km dari rumah!

Tiada siapa tahu macam mana anak kucing tersebut boleh sampai ke sana tapi ada beberapa spekulasi… 

“Kami tidak pasti sama ada ia menaiki van bergerak atau ‘snowbird’ (snowbird adalah terma bagi seseorang yang tinggal di kawasan utara pindah sementara ke kawasan hangat di bahagian selatan semasa musim sejuk) mengambilnya ke Florida,” kata Judy Sanders, tuan empunya anak kucing pengembara ini. Ataupun seseorang di Michigan menjumpainya dan mengambilnya bersama sama dalam perjalanan ke Florida.”

Satu perkara yang jelas adalah: anak kucing ini semestinya dirindui oleh keluarganya. Mereka semua sangat gembira dan lega apabila mengetahui bahawa anak kucing ini masih hidup— walaupun ia sudah melangkau Amerika Syarikat. Dalam minggu kehilangannya, ahli keluarga ini tidak jemu mencari dengan menyebarkan risalah kehilangan kucing, menziarahi pusat perlindungan kucing dalam harapan untuk menemui anak kucing yang hilang.

Bertuah betul la budak Bandit ni!

Ketika seorang wanita yang baik mengambil anak kucing ini selepas ia mengikutinya pulang, dia membawa anak kucing ini ke pejabat veterinar tempatan BluePearl untuk mengesan anak kucing ini sekiranya ada mikrocip.

Apa yang berlaku selepas ini betul-betul membuatkan semua orang terkesima! 

“Jujurnya sepanjang 30 tahun karier saya, saya tidak pernah lagi berjumpa dengan haiwan yang tersesat jauh seperti ini.” kata Jose Calderon, juruteknik kecemasan di Hospital Veterinar Tampa, Florida.

Bandit dan adik adiknya ditemui di dalam bot pontoon semasa mereka masih kecil. Asalnya dinamakan Daisy kerana ingatkan betina. Tapi rupa-rupanya jantan.

Bandit merupakan kucing yang dibenarkan merayau rayau ikut sukanya. Aktiviti kegemarannya adalah menangkap tikus tanah (chipmunks) dan tikus untuk dibawa pulang sebagai hadiah kepada keluarganya. Anak kucing ini akan diletakkan tag pengenalan dan kolar sebaik sahaja dipulangkan kepada tuan asalnya.

Yang menjadi isunya perjalanan ini bukanlah mudah. Arrangement khas diperlukan (belum sebut lagi mengenai kos) untuk memulangkan Bandit kepada keluarganya di Dearborn. Pemilik Bandit, Judy Sanborn  memulakan GoFund Me laman untuk Bandit. Dia berharap dapat mengumpulkan dana yang mencukupi untuk memastikan kepulangan Bandit ke Michigan selamat kerana Bandit betul betul dirindui semua:

“Tiga minggu lalu kami cuba mencari rakan rakan atau saudara mara yang mungkin berada berhampiran kawasan tersebut dan dapat membawa Daisy pulang. Namun ia tidak berjaya. Pilihan kami yang ada hanyalah dengan membawa Daisy pulang dengan menggunakan cargo udara. Untuk tiket tambahan dan bekas khas kami akan mendapatkan Bamboo Pet Sitting of Tampa, Florida  untuk mengambilnya dan menghantar Daisy ke lapangan terbang.”

Terima kasih diucapkan kepada pencinta kucing seluruh dunia yang mengetahui kisah Bandit, Judy mampu mencapai jumlah derma yang diperlukan!

Terima kasih juga kepada BluePearl dan syarikat penjagaan haiwan peliharaan yang bertapak di Florida, berita baik lagi diterima. Seorang juruterbang akan sendirinya membawa Bandit pulang ke rumahnya di Michigan!

Walaupun cerita inj betul-betul melegakan hati pemilik kucing ini namun ia merupakan kisah sedih dimana individu kehilangan kucing yang tidak temui titik penemuan lagi. Tanpa pengenalan yang betul atau mikrocip, reunion takkan berlaku.

Ingat ya hanya mikrocip merupakan peluang untuk anda menemui kucing anda yang hilang.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment