Anak Kucing Dengan Rupa Yang Unik Diselamatkan Dari Kehidupan Jalanan

Seekor anak kucing oren diselamatkan dari kehidupan jalanan. Mereka mendapati betapa uniknya rupa anak kucing tersebut.

Kredit Gambar: Lifelong Animal Protection Charity (LAP)

Anak kucing berusia 3 bulan ini dinamakan Zodiac di bawa ke Lifelong Animal Protection Charity (LAP), satu kumpulan penyelamat sukarelawan di Hong Kong.

Mereka menyedari yang Zodiac tidak seperti anak kucing yang lain. Bentuk wajah, kekurangan gigi dan seperti sumbing. Zodiac di bawa ke vet dan diperiksa kesihatannya.

Kredit Gambar: Lifelong Animal Protection Charity (LAP)

Pada mulanya Zodiac agak agresif dan ketakutan. Namun dengan kasih sayang dan belaian yang tidak berhenti cepat sahaja Zodiac bertukar personaliti dan menjadi anak kucing yang manja. Zodiac kini bergembira dalam penjagaan sementara.

Kredit Gambar: Lifelong Animal Protection Charity (LAP)

Walaupun bermula dengan kehidupan yang sukar, terima kasih kepada pasukan LAP kini Zodiac berbahagia dan bergembira serta dapat hidup dengan sihat dan berkembang di bawah penjagaan sementara.

Zodiac mungkin kelihatan sedikit berbeza dari anak kucing lain, namun ia sempurna dan sangat teruja untuk kehidupannya selepas ini. Diharapkan ada keluarga yang terbuka hati untuk mengambil Zodiac dan menjaganya sehingga ke akhir hayatnya.

Kredit Gambar: Lifelong Animal Protection Charity (LAP)

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment