Anak Kecil Menyanyikan Lagu Buat Kucingnya Yang Sedang Nazak

Tanyalah kepada pecinta haiwan, saat paling menyedihkan apabila perlu berpisah dengan haiwan peliharaan yang dijaga sekian lama.

Lebih-lebih lagi jika haiwan seperti kucing itu m4ti perlahan-perlahan di depan mata kita.

Boleh buat air mata mengalir kan. Tetapi itulah yang terjadi seorang kanak-kanak perempuan ini apabila kucing oren yang dijaganya buat sekian lama telah m4ti akibat faktor umur.

Tetapi yang buat orang sebak apabila tular video dimana Abby si penjaganya sempat menyanyikan sebuah lagu kepada kucing tersebut yang dikenali sebagai Bailey buat kali terakhir.

”You’re my sunshine, buat kali terakhir. Bailey m4ti tiga jam kemudian. Apabila hospital haiwan menghubungi kami dan memaklumkan tiada apa lagi yang mampu dibuat untuk menyelamatkan Bailey, kami mengambil keputusan untuk membawanya pulang.

”Abby tidak mengetahui bahawa Bailey tidak dapat hidup lama, jadi kami biarkan saja dia menyanyi lagu itu buat kali terakhir.

”Kamu adalah kucing luar biasa Bailey. Terima kasih untuk 14 tahun yang indah,” kata ibu kepada Bailey yang memuat naik video tersebut di Instagram bailey_no_ordinary_cat.

Melalui perkongsian yang berbeza, Abby difahamkan berada dalam keadaan terkejut dengan pemergian Bailey.

”Doakan Abby. Bailey seperti ‘adiknya’ sendiri. Mereka melakukan semua perkara bersama-sama ketika di rumah. Setiap Ahad, Abby akan duduk bersama-sama Bailey, melukis Bailey si kucing oren dan mewarnanya dengan warna oren sebelum berkongsi dengan kami,” katanya.

Ibu Abby juga berkongsi satu pertanyaan yang dibuat oleh Abby kepadanya.

”Ibu, adakah kamu juga akan m4ti? Kenapa Bailey harus m4ti?”.

Saksikan video nyanyian terakhir Abby buat Bailey. Lihat riak wajahnya yang tidak mengetahui si bulu orennya bakal pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

Sumber: SIAKAP KELI

Hm sebak MM dibuatnya

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment