Anak-anak Kucing Ini Lahir Dengan Bulu Berwarna Kelabu Perak Namun Setelah Membesar Warna Bulu Mereka Mula Berubah

Anak-anak kucing kecil ini dilahirkan dengan bulu berwarna kelabu perak yang sangat cantik, namun semakin mereka membesar bulu mereka mula berubah….

Seekor kucing belang dan enam ekor anak-anak kucingnya yang baru dilahirkan dibawa ke pusat perlindungan tempatan di Montreal, Kanada apabila pemilik mereka tidak lagi dapat menjaga mereka.

Hanya empat ekor anak kucing sahaja yang mampu hidup namun anak-anak kucing ini sangat memerlukan bantuan kerana ibu mereka sangat tertekan untuk menyusukan mereka. Anak-anak kucing ini kelihatannya seperti lahir dengan mempunyai satu kondisi yang dipanggil fever coat dimana warna semulajadi bulu mereka tidak sepenuhnya berkembang. Ini terjadi apabila ibu kucing jatuh sakit semasa fasa kebuntingan seperti demam atau tertekan.

Chatons Orphelins Montréal mengambil sekeluarga kucing ini supaya mereka dapat dijaga sementara berbanding hidup di dalam pusat perlindungan.

Ibu kucing ni tersangatlah sakit dan memerlukan pembedahan kecemasan. Semasa ibu mereka tiada, anak-anak kucing ini diber susu melalui botol setiap beberapa jam sehari.

“Kesemua anak-anak kucing terlalu lapar sehingga mudah sahaja mereka menerima susu dari botol,” kata Chatons Orphelins Montréal.

Kesemua anak-anak kucing ini kurang berat badan semasa mula-mula mereka tiba. Namun dengan bantuan Dorothee, seorang penjaga kucing sukarelawan, anak-anak kucing ini semua cepat menambah berat dan mula berkembang.

Ibu kucing yang diberi nama Milkie ini bertambah baik selepas menerima rawatan yang ia perlukan. Setelah sembuh dari pembedahan, Milkie akan bersara dari dunia ibu.

Ketika ini tiada siapa pun tahu warna apa dan corak apa anak-anak kucing ini akan ada namun mereka akan ketahuinya selepas beberapa minggu.

Apabila Milkie ditemukan semula dengan anak-anaknya, ia patah balik ke arah ibu angkatnya seperti dia secara sahnya melepaskan anak-anaknya kepada manusia yang baik hari yang ia percaya.

“Milkie kini hanya mahu disayangi dan dimanja oleh ibu angkatnya…”

Apabila anak-anak kucing ini semakin membesar, bulu mereka berwarna kelabu perak ini mula berubah kepada warna semulajadi mereka.

3 ekor anak-anak kucing ini membesar menjadi anak kucing belang yang sangat comel dan seekor lagi menjadi anak kucing berwarna kelabu dan putih.

Anak-anak kucing ini mempunyai beberapa isu kesihatan namun dengan penjagaan yang tiada berbelah bahagi dari keluarga jagaan sementara mereka, anak-anak kucing ini berkembang dengan majunya.

Kini berusia 9 minggu adik-beradik kucing ini sudah berubah menjadi anak-anak kucing yang sangat comel dan diberi nama Dodo, Jules, Annabelle (3 ekor kucing belang) dan Remi (kelabu putih)

Tidak lama lagi mereka akan bersedia untuk dilepaskan kepada keluarga tetap yang akan menyayangi mereka selama-lamanya.

Mereka suka makan dan sangat suka bermain. Namun perkara yang mereka paling suka adalah dibelai dan digomol serta disayangi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment