Anak-Anak Kucing Ditemui Bepelukan Di Dalam Tong Sampah Sebelum Diselamatkan

Awal Januari lalu, individu yang berhati mulia terdengar bunyi anak kucing datang dari bangunan seberang.

Mereka kemudiannya mengikuti bunyi kucing tersebut dan sangat terkejut apabila menemui anak anak kucing saling berpelukan di dalam tong sampah!

Anak anak kucing tersebut berusia lebih kurang dua setengah minggu memanggil manggil ibu mereka. Individu yang menemui anak anak kucing ini mengeluarkan mereka dari tong sampah dan membawa mereka ke Cheltenham Cat Rescue,  sebuah kumpulan penyelamat tempatan di Melbourne, Australia.

Anak anak kucing tersebut berantakan, sangat tidak terurus dan lapar. Amber, seorang sukarelawan kumpulan penyelamat tersebut cepat-cepat menawarkan dori untuk menjaga anak anak kucing tersebut supaya mereka dapat memulakan proses penyembuhan secara selesa di persekitaran yang penuh kasih sayang.

“Mereka sangat takut, lapar dan kekurangan nutrisi serta sangat keliru,” kata Amber.

Keempat empat anak kucing ini kekal bersama sama dan cuba menjaga antara satu sama lain sepanjang mereka cuba menyesuaikan diri kepada persekitaran yang baru.

Anak kucing calico mempunyai tapak kaki yang patah. Ia lah yang paling kuat menjerit pada ibu angkat mereka apabila dia menyediakan makanan pertama mereka di rumah. (Skrol ke bawah untuk video)

Anak anak kucing tersebut makan dengan lahap dan tidur bersama sama dengan perut yang kenyang. Lama anak anak kucing tersebut tidur seperti menggantikan tidur tidur yang sebelum ini tidak lena.

“Dalam 24 jam anak-anak kucing mula berpurring dan sangat suka dibelai,” tambah Amber.

Dua ekor jantan, Ezra dan Deja sangat rapat kedua duanya. Mereka tidak boleh berpisah. Dua ekor betina pula Karma dan Shea duduk berdekatan dengan abang abangnya dan saling berpelukan apabila mereka tidur.

Anak anak kucing ini masih memerlukan bantuan untuk merapikan bulu mereka kerana mereka masih belum menguasai skill tersebut. Amber memberus anak anak kucing tersebut secara perlahan dengan menggunakan berus gigi yang mimik lidah ibu kucing.

“Tapak kaki Karma sangat teruk patahnya apabila ia ditemui. Vet sudah membaiki kerosakan tersebut dan ditahan dengan kepingan papan untuk beberapa minggu.”

Anak kucing calico yang comel ini langsung tidak peduli dengan kaki berkayunya itu. Ia tetap bermain, meneroka dan berjalan seperti tiada apa yang terjadi.

Shea anak kucing yang paling kecil kekurangan 120 gram berbanding adik beradiknya yang lain. Namun dua minggu kemudian, ia mula dapat mengejar berat sama seperti adik beradiknya yang lain.

Dua ekor anak kucing jantan sudah mula makan makanan pepejal seperi sudah besar namun dua ekor anak kucing betina ini masih meminta susu dalam  pemakanan mereka.

Jeritan anak anak kucing inilah yang menyedarkan individu tersebut untuk menyelamatkan mereka sebelum terlambat.

Kini, berbanding berbunyi untuk meminta makan dan kasih sayang, anak anak kucing ini lebih  banyak berpurring kerana selesa dalam kehidupan mereka yang baru ini.

“Mereka sangat comel dengan personaliti berbeza dan walaupun mereka dibiarkan semasa awal awal kelahiran mereka sememangnya sayangkan manusia dan sangat penyayang dan anak kucing yang gembira,” kata Amber.

“Anak anak kucing yang comel ini bahagia mengetahui ada seseorang yang menyayangi mereka selepas apa yang mereka telah lalui.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment