Alergi Kucing? Mungkin Ada Penawarnya

Satu kajian baru oleh syarikat makanan, Purina, menjelaskan yang mungkin ada penawar untuk mengakhiri kesengsaraan yang dialami oleh pencinta kucing yang alergi.

Menurut Purina, alergi kucing adalah perkara biasa alergi yang disebabkan oleh haiwan pada manusia, yang dialami 1 dalam 5 golongan dewasa di seluruh dunia. Termasuklah MM ni.

Reaksi alergi terhadap orang tidak sama. Ada yang boleh bertahan dengan ketidakselesaan yang sedikit sahaja, ada pula yang mengalami kesan alergi yang lebih dramatik dan serius.

Alergi kepada kucing boleh mengehadkan ikatan antara pemilik kucing dan kucing-kucing yang lain. Alergi juga menghentikan niat seseorang yang sukakan kucing untuk mengadopsi kucing serta ada kes di mana pemilik kucing terpaksa melepaskan kucing mereka kerana anak mereka tiba-tiba mengalami alergi terhadap kucing.

Kebanyakan individu yang mengalami alergi terhadap kucing memberi respon terhadap Fel d1, sejenis protein yang ditemui pada kulit kucing atau Fel d4, sejenis protein yang ditemui dalam air liur kucing.

Apabila kucing menjilat badan mereka, protein Fel d4 dan Fel d1 tersebar di seluruh bulu dan kulit kucing. Apabila protein tersebut mengering, bulu kucing dan alergen berterbangan di seluruh kediaman anda.

Walaupun Purina tidak menuntut untuk mencari penawar untuk alergi kucing, kajian mereka fokus kepada cara untuk mengurangkan tahap alergen iaitu Fel d1 dalam air liur kucing.

Menurut Purina,

“Mengambil kelebihan terhadap interaksi antibodi-alergen, pengkaji Purina menemui cara untuk meneutralkan secara selamat Fel d1 pada bulu dan dander dengan menggabungkan produk semulajadi telur yang mengandungi anti-Fel d1 antibodi ke dalam diet kucing.

Antibodi-alergen ini mengikat protein Fel d1 ke air liur kucing dan menghalangnya dari melekat ke dander untuk dilepaskan ke persekitaran.

“Hasilnya ini akan mengurangkan tahap Fel d1 aktif di persekitaran. Pendekatan ini mengekalkan penghasilan alergen normal oleh kucing, tanpa mengganggu keseluruhan fisiologi kucing.”


Penemuan ini boleh mengubah cara manusia mengawal alergi terhadap kucing dan seterusnya dapat merapatkan lagi hubungan pencinta kucing dan kucing.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment