Albert, Salah Seekor Kucing Munchkin Yang Popular Di Internet

Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan mereka datang dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza. Sesetengah kucing, bagaimanapun, juga sangat terkenal!

Memperkenalkan, Albert. Tidak syak lagi ia adalah salah satu kucing Munchkin yang paling popular di Internet.

Albert mempunyai akaun Instagramnya sendiri. Halaman ini penuh dengan foto yang menunjukkan gaya hidup anak kucing yang kecil, berkaki katik dan gaya hidupnya yang luar biasa.

Kucing baka Munchkin mempunyai kaki yang pendek disebabkan oleh mutasi genetik, dan ia hanya dianggap sebagai baka rasmi pada tahun 1994. Kaki pendek yang dimiliki membuatkan mereka cenderung berjalan dengan sedikit pelik, tetapi kenyataannya, anak kucing ini adalah yang paling comel dan ianya tidak dapat disangkal lagi!

Seperti yang diketahui, saiz kaki yang kecil bermakna mereka juga sangat pendek. Malah, pemegang rekod ‘kucing yang paling kerdil’ (mengikut Rekod Dunia Guinness) dimiliki oleh seekor kucing berbaka Munchkin bernama Lilieput. Ia sangat kecil sehinggakan bersaiz cengkerang seekor penyu dari Napa, California yang hanya berketinggian 5.15 ” sahaja!

Walaupun Albert tidak sekecil Lilieput, namun, pemiliknya gemar memakaikannya pakaian yang lucu dan ianya menarik perhatian ribuan peminatnya yang setia!

Apabila Albert tidak berpakaian lucu atau bergambar, ia lebih suka meluangkan masanya dengan sahabat dan adiknya, iaitu seekor kucing berbaka Scot yang cantik dan putih bernama Goyanggy.

Agak sukar untuk menentukan apa yang membuatkan Albert menjadi begitu menarik. Bulu yang lebat dan lembut, bermata biru dan berbaka Munchkin yang comel adalah beberapa unsur jelas yang pastinya menambah daya tarikannya.

Oleh kerana pemiliknya mula berkongsi fotonya, ia telah terkenal di Internet. Pada masa ini, akaun Albertbabycat mempunyai lebih daripada 590,000 pengikut dan jumlah itu meningkat dari semasa ke semasa.

Kucing baka Munchkin seperti Albert adalah sangat comel, tetapi juga agak kontroversi. Sama seperti pelbagai baka yang lain, sentiasa ada kebimbangan mengenai kesihatan mereka. Bagaimanapun, Vet Info mengatakan bahawa ketakutan ini tidak berasas. Baka Munchkin adalah sihat seperti kucing-kucing baka lain.

“Munchkin adalah baka dengan kaki pendek, sama seperti baka anjing Dachshund,” jelas mereka. “Baka anjing Dachshund terkenal dengan kecacatan dan gangguan tulang belakang, tetapi Munchkin tidak mempunyai apa-apa masalah sebegini.”

Sumber: ERA BARU

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment