Ahli Perniagaan Di China Yang Patah Hati Sanggup Membayar RM1.5 Juta Untuk Klonkan Kucingnya Yang Sudah Mati

Baru-baru ini ahli perniagaan di China membayar USD35,000 (RM1,46,320) untuk mengklonkan kucingnya yang sudah mati dengan bantuan syarikat klon haiwan bertapak di Beijing yang bernama Sinogene.

Ahli perniagaan berusia 22 tahun berhama Huang Yu sudah pun menanam bangkai kucingnya di taman berhampiran rumahnya setelah kucing British Shorthairnya itu mati pada bulan Januari yang lalu.


Walaubagaimanapun beberapa jam kemudian, dia datang semula dan mengorek bangkai kucingnya dan letakkannya di dalam peti ais kerana dia teringat dia pernah membaca satu artikel mengenai klon anjing di China.

Ini membuatkan dia berfikir yang kucingnya Garlic boleh dihidupkan semula.

“Dalam hati saya, Garlic tidak boleh diganti,” menurut Huang seperti yang dilaporkan di New York Times.

“Garlic tidak meninggalkan apa-apa untuk generasi masa depan jadi saya hanya boleh pilih untuk pengklonan,” kata Huang Yu.

7 bulan kemudian pada 21 Julai, Sinogene berjaya mengklon Garlic.

Garlic adalah kucing pertama yang diklonkan di China.

Menurut The New York Times saintis di Sinogene menanam sel kulit dari Garlic ke dalam ovum kucing lain.

Kemudian mereka menggunakan kejutan elektrik dan 40 embrio yang diklonkan diimplanksn ke dalam empat ekor ibu kucing tumpang. Prosedur tersebut menghasilkan tiga kebuntingan, dua darinya mengalami keguguran, menurut Chen Benci ketua pasukan eksperimen perubatan di Sinogene.

Menurut Zhao Jianping, Naib Presiden Sinogene, syarikat pengklonan haiwan ini mulakan kajian dan eksperimen pengklonan pada bulan Ogos tahun lepas.

“Walaupun ibu kucing tumpang, kucing domestik berusia dua tahun ini berlainan baka dari Garlic, ia menunjukkan naluri keibuan yang hebat serta menjaga anak-anak klon ini dengan baik,” kata Zhao seperti yang dilaporkan di China Daily.

Zhao menambah yang kucing yang mati yang membekalkan sel untuk pengklonan dan anak kucing yang diklonkan ini kelihatan hampir sama.

Garlic asli (kiri), klon Garlic (kanan)

“Anak kucing klon ini kelihatan 90% seperti kucing asal saya,” kata Huang yang menyalahkan dirinya sendiri kerana kematian kucingnya.

Garlic yang berusia dua tahun ini mati kerana jangkitan saluran urinari.

Walaupun tindakannya ini tidak disetujui oleh ibu bapanya namun dia berkata yang Garlic kembli semula ke pangkuannya lebih berharga dari wang yang dikeluarkan.

“Keluarga saya tidak memahami kenapa saya sanggup berbelanja wang yang besar untuk mengklonkan kucing. Namun ia memberikan saya peluang untuk menghilangkan kesengsaraan saya,” kata Huang.

Orang yang bela kucing je faham kesedihan bila kucing mati… kan?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment