Adibah Noor Bahagia Bersama Lebih 40 Ekor Kucing Di Rumahnya

Siapa tidak kenal dengan selebriti Malaysia Adibah Noor ni. Tahukah anda Adibah Noor Mempunyai lebih 40 ekor kucing di rumahnya.

Sememangnya Adibah Noor dikenali dengan sifatnya yang sayangkan kucing. Adibah mengaku dirinya amat menyayangi kucing sehingga sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan membela 41 ekor kucing yang ada di rumahnya.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing kesayangannya.

“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.

“Bukan mudah untuk menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka. Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.

“Oleh itu saya tidak sewenang-wenangnya memberikan kucing kepada peminat yang memintanya daripada saya. Bukan sekadar comel pada pandangan mata, ia adalah tanggungjawab yang sangat memerlukan komitmen jitu,” katanya.

Adibah menjelaskan, binatang peliharaan yang dibela beliau itu bukan semuanya dibeli kerana mempunyai baka yang baik. Katanya, ada di antara kucing terbabit dibela apabila dilihat terbiar di tepi jalan atau dibuang orang begitu saja.

Tambah pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, walaupun memiliki kucing yang banyak, ia bukanlah penghalang untuknya mengingati setiap nama haiwan kesayangan berkenaan, malah dirinya boleh mengesan sekiranya satu daripada kucing terbabit hilang.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment