Adakah Kucing Tahu Namanya Sendiri? Tapi Kenapa panggil Buat Dono Jer

Adakah kucing tahu dan kenal suara kita? Walaupun kadang kala kucing seperti tidak mengendahkan apabila dipanggil dan buat dekkkk sahaja, namun hakikatnya kucing tahu namanya.

So post kali ini untuk membentangkan bukti-bukti yang membuktikan bahawa kucing sebenarnya tahu nama mereka.

Perasaan teruja hanya pencinta kucing sahaja yang faham bila kucing datang apabila kita memanggil namanya bukan?

Kucing adalah haiwan yang berdikari dan hanya respon kepada perhatian manusia apabila keadaan memerlukan ia untuk berbuat demikian.

Pakar tingkahlaku kucing Anita Kelsey berkata, kucing tidak semestinya tahu nama mereka, namun mereka respon kepada sesetengah bunyi dan ulangan.

“Kucing tak akan tahu maksud sesuatu perkataan, namun mereka bertindak atas ulangan dan susunan sesuatu ayat. Mereka juga mengenal sesetengah tune suara.”

Sebagai contoh sekiranya anda menyebut ‘dins dins’ yang bermaksud mari makan, lama kelamaan mereka akan faham maksud ayat tersebut. Sama juga seperti nama. Manusia memanggil kucing mereka dengan tune suara yang berbeza dan mereka akan mengenal tune suara.
Perbuatan mengulang ulang menyebut nama kucing menjurus kepada respon kucing secara ringkasnya kerana mereka sudah tahu mereka akan menerima perhatian dari pemiliknya.
Nama yang pendek juga mudah untuk diterima dan direspon kucing.

Kucing bukan haiwan yang sosial, ini adalah mereka ada spesis haiwan yang suka bersendirian. Jadi mereka sebenarnya tahu anda memanggil namanya, Cuma mereka bertindak untuk tidak merespon kepada panggilan tersebut. Act diva sangat kan.

Ibu kucing pon hanya akan memanggil anak-anaknya apabila ada bahaya. Jadi sudah memang lumrah kucing sebegitu. Apabila kucing menoleh atau menggerakkan telinganya, itu bermaksud kucing anda mendengar dan mengenal suara anda. Kes ini tidak lagi dibuktikan oleh sains, namun kucing mengenal namanya hanya melalui suara pemiliknya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment