Adakah Kucing Mengenali Pemilik Mereka? Bagaimana Kucing Mengenali Manusia?

Kucing kenal tak pemiliknya? Ini merupakan soalan cepumas sekiranya anda merupakan pencinta kucing!

Yelah chuols dah sayang gilergiler sepenuh hati. semestinya nak tahu jika kucing chuols sayang chuols ke tidak kan?

Kajian mengenai perkara ini masih baru dan tiada penutupnya. MM ada sedikit data dan info untuk memperjelaskan lagi tingkahlaku kucing apabila bersama manusia.

Macam mana kucing lihat manusia? Kita spesis yang berbeza atau ada sedikit persamaan?

Pencinta kucing harus baca artikel ini.

Adakah kucing kenal pemilik mereka?

Kucing sebenarnya mampu ingat serta mengenali pemilik mereka. Kucing mampu mengenali anda jika anda berada di dalam kelompok orang ramai. Kucing akan terus cam anda dari jauh apabila anda menuju ke arah mereka serta-merta akan ingat andalah yang selalu memberikannya makanan.

Di sini MM lampirkan penjelasan dari pakar tingkahlaku kucing yang mengkaji kognitif kucing untuk menjelaskan persoalan ini.

Dari kajian yang dilakukan, kita boleh huraikan mengenai pemahaman kucing mengenai siapa kita dan apa yang kita wakilkan dalam beberapa bahagian komponen pemahaman.

Apakah yang difikirkan kucing mengenai manusia?

Sememangnya dikenali dan dikenali dengan cara yang baik bermula dari skill sosialisasi yang baik.

Tidak mengejutkan yang kajian menunjukkan anak kucing yang bersosial dengan baik semasa tempoh kritikal (dari usianya 2 minggu ke 7 minggu) adalah lebih terbuka untuk interaksi bersama manusia berbanding anak kucing yang tidak bersosial dengan baik.

Pendek ceritanya kucing yang bersosial baik dari kecil adalah lebih mudah untuk membina ikatan dengan chuols lah.

Adakah kucing akan ingat anda sekiranya anda telah meninggalkan mereka?

Dalam kajian yang penting, para pengkaji mengukur faktor sama ada kucing mempunyai “pengekalan objek”.

Pengekalan objek bermaksud pemahaman mengenai sesuatu yang wujud walaupun anda tidak boleh melihat, mendengar mahupun nampak. Macam Tuhan lah. Kita tak mampu lihat Tuhan tapi kita tahu yang Tuhan itu wujud.

Ini merupakan skill di mana bayi manusia berkembang semasa awal kehidupan mereka pada usia 6 atau 7 bulan.

Kucing juga boleh menunjukkan skill yang sama di mana kucing kenal anda sebagai pemilik mereka, anda ada dan anda masih wujud di mana-mana sahaja walaupun kucing anda tidak nampak anda mahupun anda tidak berada di dalam rumah.

Faham ke idok? Bahasa paling mudahnya walaupun kucing anda tak nampak anda, ia tahu yang anda ada dan wujud.

Tapi kalau tuannya dah tak ada di dunia ni macam mana kucing nak tahu? Sedih pulak bila fikirkan.

Kucing faham manusia ke?

Ada kajian yang dilakukan pada tahun 2005 di mana untuk membuktikan samada kucing mampu memahami isyarat visual manusia seperti menunjuk di mana lokasi makanan dan adakah kucing boleh mengikuti isyarat tersebut untuk mendapatkan makanan.

Tidak mengejutkan yang kucing mampu menemui makanan tersebut walaupun agak sukar untuk memastikan yang kucing memahami arahan atau sebenarnya  menghidu makanan tersebut!

Ada lagi kajian yang menarik di mana kucing diletakkan di dalam bilik bersama sesuatu yang membuatkan kucing stress contohnya seperti lantai yang mempunyai kipas di atas lantai dan banting diikatkan pada lantai tersebut (banting tersebut akan berkibar-kibar sebabkan angin kipas) Di dalam bilik itu kucing bersama pemilik mereka.

Apabila pemilik mereka menunjukkan bahasa tubuh dan ekspresi muka kegelisahan atau ketakutan, kucing tersebut dilihat menunjukkan lebih banyak kegelisahan dan ketakutan. Walaubagaimanapun masih menunjukkan keinginan untuk berinteraksi bersama pemilik mereka.

Para pengkaji tidak pasti apa yang mereka lihat dari kajian ini namun mereka berhipotesis bahawa kucing tersebut mencari ketenangan dan keselesaan dari pemilik mereka dalam situasi yang penuh ketakutan ini.

Bagaimana kucing melihat manusia?

Kucing mencari pemiliknya untuk keselesaan adalah satu perkara yang mengejutkan. Ini adalah kerana kucing tidak selalunya mencari manusia untuk mendapatkan pertolongan seperti yang ditunjukkan oleh anjing.

Para pengkaji tidak pasti kenapa kucing lakukan hal ini lebih-lebih lagi ada kajian yang menunjukkan yang kucing sangat sensitif terhadap mood dan emosi manusia.

Satu teori mereka adalah mereka beranggapan yang tidak menjadi satu keperluan bg kucing untuk meminta bantuan dari manusia. Hipotesis yang lain menunjukkan yang manusia sebenarnya tidak atau masih belum berikan kucing motivasi yang betul untuk meminta bantuan.

Tingkahlaku kucing bersama manusia

Apabila digabungkan, kajian-kajian yang diterangkan sebelum ini menunjukkan bahawa sesetengah aspek dunia interaksi kucing bersama manusia mungkin ada kaitan dengan genetik manakala selebihnya perlu dibelajar.

Kajian ini juga menunjukkan yang kita sebagai pemilik kucing masih perlu mempelajari mengenai tingkahlaku kucing dan cara perhubungan manusia itu sendiri apabila bersama kucing!

Walaubagaimanapun setakat ini kita boleh bersetuju bahawa kucing semestinya mengenali pemilik mereka dan kucing menunjukkan dengan  berbunyi, sentuhan fizikal dan mengikut isyarat penglihatan mereka.

Kucing memilih untuk belajar berhadapan dengan manusia (berbanding dari mengelak) semasa proses sosialisasi awalan dan masih menunjukkan keinginan untuk berinteraksi walaupun pada situasi yang penuh tekanan.

Komunikasi dan tingkahlaku kucing bersama manusia

Perkara utama dalam perkongsian hidup bersama kucing adalah perkembangan pada sesetengah kaedah untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan antara satu sama lain.

Tanpa berkongsi bahasa komunikasi yang sama, kucing dan pemiliknya harus bergantung sepenuhnya dengan bahasa tubuh dan komunikasi tanpa percakapan untuk meluaskan lagi komunikasi antara mereka.

Contohnya, sudah hampir masa untuk memberikan kucing anda makan. Anda mula akan mendengar bunyi miaow yang seakan-akan tidak berhenti dan kuat.

Bagi kita, kita beranggapan yang kucing kita dah tersangat-sangat lapar kan? Tahukah anda bahawa sebenarnya kucing anda cuba untuk berkomunikasi kepada anda. Kucing hanya ingin memberitahu anda yang ia sudah bersedia untuk makan.

Cara lain untuk kucing berkomunikasi dengan manusia termasuklah bunyi purring, mengurut-urut dan menggesel, menjilat dan bunyi seakan melolong-lolong.

Ekor yang ditegakkan dengan hujung dibengkokkan sedikit atau merenung lama ke arah kita adalah cara yang lain untuk kucing menyatakan kasih sayang kepada manusianya.

Tiba-tiba kucing boleh cakap I Love You terkejut sampai demam pulak kita kan? Hehe…

Sejauh mana kucing memahami manusia?

Pengkaji kucing mengatakan yang kucing mahir dalam mempelajari keluarga manusia mereka.

Contohnya, kucing cepat memahami yang mana satu ahli keluarga yang lebih penyayang atau yang mana cepat memberikan mereka makanan atau juga yang mana rajin melayan mereka. Sebab itu ada dalam keluarga kita mesti ada seorang yang jadi manusia kegemaran kucing kita.

Kucing ingat siapa yang membelainya dengan lembut dan komunikasi apa yang keluarga manusianya gunakan untuk memudahkan mereka faham.

Sebenarnya ada fakta konkrit  yang menunjukkan ada sesetengah baka kucing yang lebih suka berbunyi dan bersosial berbanding baka kucing yang lain.

Apa yang kucing fikir mengenai manusia?

Seterusnya jom lihat apakah perasaan yang akan muncul sekiranya kucing kita mengenali kita.

Pada tahun 2007, pengkaji menggunakan kajian klasik yang bertajuk “Ainsworth’s Adapted Strange Situation Test” untuk melihat bagaimana kucing akan bertindakbalas secara berbeza kepada pemiliknya dan manusia yang tidak dikenali.

Kajian ini melibatkan 28 ekor kucing bersama pemilik mereka dan manusia yang tidak dikenali oleh kucing-kucing ini.

Setiap seekor kucing diletakkan di dalam bilik yang asing pada mulanya bersama pemilik mereka dan kemudiannya bersama manusia yang mereka tidak kenali.

Pengkaji dapat melihat yang kucing lebih suka meneroka dan berjalan-jalan di dalam bilik tersebut sekiranya pemilik mereka ada dan kurang melakukan perkara yang sama apabila bersama manusia yang mereka tidak kenali.

Ini sama seperti tingkahlaku bayi manusia apabila berhampiran dengan ibunya berbanding individu yang mereka tidak kenali.

Jadi kucing lebih menunjukkan keyakinan dan rasa selamat untuk meneroka apabila pemilik mereka ada berhampiran berbanding manusia yang mereka tidak kenali.

Tingkahlaku kucing bersama manusia

Tingkahlaku kucing selalu distereotypekan sebagai satu perkara selalu berubah-ubah dan kucing selalu dianggap sebagai adalah haiwan yang suka menyendiri.

Namun apabila mengetahui kajian-kajian yang dinyatakan sebelum ini yang kucing bukan sahaja mengenali pemilik mereka bahkan kucing mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi dengan pemiliknya. Kucing juga lebih menunjukkan keyakinan apabila bersama pemiliknya.

Dan kita boleh gunakan ikatan yang kucing tunjukkan untuk mengukuhkan tingkahlaku yang baik.

Perkara ini membuktikan yang kucing serta manusia itu sendiri masih belum mencapai potensi yang penuh dalam proses pengsosialan dan proses pendomestikkan kucing.

Contohnya, pakar biologi kucing mengatakan yang kucing tidak sama seperti anjing dan kita mungkin masih cuba untuk mengubah tingkahlaku kucing yang lebih mudah diterima oleh kita.

Anjing dan kucing jelasnya spesis haiwan yang berbeza jadi semestinya tingkahlaku mereka pun berbeza. Contohnya Jangan anggap kucing kita akan tunjukkan tahap kesetiaan seperti anjing. Jangan pula anggap perkara yang anjing suka lakukan, kucing kita akan lakukan. Contoh anjing suka bermain permainan baling dan tangkap, jangan pula minta kucing kita pun suka bermain permainan macam tu.

Huih penat MM menaip artikel penuh infomasi ni kalau chuols tak share kan? Hehe so sila share supaya pencinta kucing yang lain boleh tahu maklumat penuh infomasi ini.

Buat yang tak faham artikel ni minta maaf MM da buah sehabis baik nak bagi korang faham.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment