Adakah Kucing Ini Merupakan Grumpy Cat Yang Baru?

Grumpy Cat tidak akan pernah dapat digantikan oleh mana-mana kucing pun..

Tapi pencinta kucing kini tertarik kepada seekor kucing yang layak berada di kalangan kucing-kucing si grumpy.

Kenali Meow Meow, si gebu gergasi dari Taiwan.

Menurut pemiliknya, Meow Meow kucing yang sangat elegan. Contohnya apabila ia terpaksa bermalam di hospital untuk rawatan hyperthyroidism Meow Meow masih kekal menawan.

Jangan lupa follow Meow Meow: Instagram

Clare, pemilik Meow Meow memberitahu yang dia menemui Meow Meow di kedai haiwan peliharaan. Yang menariknya, dikatakan Meow Meow mungkin lahir lebih awal dari Grumpy Cat sebelum ini.

Menurut Clare,

“Pemiliknya sebelum ini mengabaikannya kerana sebab yang tidak diketahui. Ketika itu ia berusia 10 bulan, jadi saya dan adik lelaki saya bawa ia pulang ke rumah dan Meow Meow merupakan kucing pertama saya.”

Clare berkata yang corak seakan topeng Batman pada wajah Meow Meow yang membuatkan Meow Meow kelihatan sangat pemarah.


Tambah Clare lagi,

“Walaupun ketika saya mengambil gambar Meow Meow dan ia melihat ke arah saya, saya dapat lihat yang ia benar-benar kucing yang lembut.

  “Saya juga pernah memakaikan Meow Meow baju seakan Puteri tapi kawan-kawan saya mengatakan yang Meow Meow lebih kelihatan seperti Ratu.”

Jom tengok gelagat Meow Meow garang tak?

#1

#2

#3

#4

#5

#6

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment