Adakah Kucing Boleh Dijangkiti Influenza?

Kita semua tahu yang kes influenza semakin meningkat sehingga banyak menimbulkan kebimbangan di kalangan kita.

Bukan itu sahaja kita sebagai pemilik kucing pun rasa risau dan berfikir adakah virus ini boleh menyerang kucing juga? Jom ketahuinya di sini.

Kucing sebenarnya boleh dijangkiti virus-virus influenza termasuklah virus influenza avian dan boleh menularkan virus influenza kepada kucing-kucing yang lain. Untuk pengetahuan kita virus influenza ini ada banyak jenis. Bagi virus influenza yang hanya menyerang kucing tidak akan menjangkiti manusia.

Namun menurut Purina, ada sesetengah kes di mana sesetengah jenis virus seperti contoh virus yang sekarang tengah popular ini influenza A atau H1N1 atau selesema babi boleh ditularkan dari manusia ke kucing.

Menurut laporan TIMES, Pada tahun 2009, Jabatan Kesihatan Awam Iowa melaporkan kes pertama virus H1N1 melibatkan kucing peliharaan yang berusia 13 tahun. Kucing tersebut dikatakan dijangkiti virus tersebut dari pemiliknya.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan penularan virus ini adalah dengan sikap kebersihan yang baik dan mencuci tangan dengan kerap.

Influenza bagi kucing dikatakan ditularkan dengan cara yang sama dengan penularan virus selesema manusia;

  • Sentuhan secara terus (bermain atau tidur bersama, menjilat dan sebagainya.)
  • Melalui udara (titisan air dari batuk atau bersin)
  • Permukaan yang tercemar (perkongsian bekas makanan dan minuman, permukaan sangkar)

Jangkitan influenza bagi kucing secara amnya menyebabkan penyakit yang ringan pada kucing.

CDC (Center For Disease Control And Prevention) mempercayai yang risiko jangkitan manusia dengan virus influenza dari kucing yang dijangkiti adalah rendah, namun risikonya mungkin bergantung kepada karakteristik virus ini dalam persoalan dan durasi serta kekuatan pendedahannya.

CDC menyediakan panduan untuk pemilik kucing iaitu sentiasa mencuci tangan dengan air yang mengalir dan sabun selepas menyentuh kucing, terkena air liur atau najis kucing serta selepas mencuci kotak pasir kucing. Langkah berwaspada ini lebih penting bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti kanak-kanak kecil, wanita hamil serta mereka yang mempunyai kanser atau mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit hati, penyakit buah pinggang dan lain-lain lagi. Apa sahaja jangkitan virus influenza akan menjadi serius bagi golongan ini.

Menjumpai virus influenza bukan manusia (novel) pada kucing selalunya satu perkara yang membimbangkan dan apa sahaja jangkitan dari virus influenza novel ini juga satu kebimbangan. Perkara ini perlu disiasat dan tindakan yang tepat perlu diambil untuk memastikan tiada penularan virus novel di kalangan manusia.

Sumber: CDC

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment