Adakah Kucing Anda Mengalami Alergi Atau Intoleran Makanan?

Ramai pemilik kucing yang tidak mengetahui perbezaan antara alergi dan intoleran makanan di kalangan kucing.

Artikel ini akan membantu anda memahami dan mengenalpasti perbezaan ini supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik untuk kesihatan kucing anda. Penting untuk anda mengetahui perbezaan kerana alergi boleh mengancam nyawa kucing anda. Pemilik kucing percaya yang muntah itu tanda jelas kucing mengalami alergi, namun intoleran makanan juga boleh menyebabkan kucing muntah.

Perbezaan antara alergi dan intoleran makanan

Alergi makanan

Menurut saintis, alergi kucing selalunya muncul apabila kucing mempunyai reaksi spesifik terhadap protein yang ada di dalam makanan kucing yang kucing tersebut makan. Tubuh kucing reaksi kepada protein seperti ianya kuman, melepaskan sel darah putih yang menyebabkan reaksi alergi. Kucing yang alergi akan sentiasa menggaru badannya. Anda mungkin tidak perasan pada mulanya namun menggaru dengan banyak akan dikesan melalui pembentukan kudis, keguguran bulu dan benjolan merah di bahagian lain tubuh kucing.

Intoleran makanan

Intoleran makanan akan memberi kesan terhadap sistem pencernaan kucing dan anda akan nampak tanda-tanda yang sama seperti masalah pencernaan pada manusia seperti angin, cirit birit, kekejangan perut dan kembung perut.

Tidak semua kucing yang lahir mengalami alergi atau intoleran makanan. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa jadi penting untuk memantau kesihatan dan tingkahlaku kucing anda tidak kira usia kucing anda. Beberapa baka kucing seperti kucing siam lebih mudah mengalami alergi atau intoleran makanan berbanding baka kucing lain.

Makanan penyebab alergi

Berikut merupakan makanan yang cenderung untuk menyebabkan reaksi alergi pada kucing:

  • Daging lembu
  • Ikan
  • Ayam
  • Gandum
  • Jagung
  • Produk susu
  • Daging kambing

Makanan-makanan ini tidak selalunya menyebabkan alergi, namun boleh berkembang di dalam sistem kucing anda dan muncul reaksi alergi selang beberapa tahun kemudian. Sama dengan makanan manusia, pemilik kucing patut memeriksa bahan-bahan dalam makanan kucing seperti perisa semulajadi, perwarna tiruan dan pengawet kimia yang sering digunakan termasuklah BHA dan BHT.

Jika anda merasakan yang kucing anda mengalami alergi atau intoleran makanan, anda boleh terus berjumpa veterinar untuk mengesahkan keadaan kucing anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment