Adakah Kucing Anda Dah Besar Tapi Menghisap Macam Anak Kucing? Ketahui Sebabnya Di Sini

Apabila kucing masih kecil, menghisap adalah tingkahlaku semulajadi yang mereka lakukan kerana menyusu dari ibunya.

Bagi anak kucing kecil tingkahlaku menghisap ini adalah sesuatu yang mengingatkan mereka mengenai ketenangan yang mereka rasai dalam kehadiran ibu kucing mereka.

Tapi kenapa ada kucing yang sudah dewasa masih menunjukkan tingkahlaku menghisap ini? Artikel ini kita akan mengupas kenapa kucing menunjukkan tingkahlaku seperti ini, apa maknanya dan adakah anda sebagai pemilik kucing perlu bimbang.

Apakah itu tingkahlaku menghisap?

Ini adalah perkara yang penting yang dilakukan apabila anak kucing menyusu kerana tingkahlaku ini menstimulasi bekalan susu ibu kucing. Tambahan lagi anak kucing akan menghisap jika dipisahkan dari ibunya pada usia yang sangat muda. Inilah sebabnya disyorkan untuk membiarkan anak kucing bersama ibu mereka sehingga usia 8 minggu.

Jika anak kucing ini menunjukkan tingkahlaku menghisap, ia selalu dilakukan pada benda-benda lembut seperti selimut atau tuala. Anak kucing serta kucing mungkin akan cuba untuk menghisap manusia mereka. Tipikalnya, tingkahlaku anak kucing ini tidak merbahaya dan ianya sebagai satu cara untuk mereka relaks.

Tapi ada beberapa kes di mana ada anak kucing dijumpai jauh dari ibunya dan berada di persekirataran yang tinggi tekanan seperti contoh di jalanan. Anak kucing seperti ini mungkin akan menghisap sebagai tabiatnya untuk menghilangkan gelisah serta melegakan tahap tekanan mereka yang sangat tinggi.

Kenapa ada kucing yang masih menghisap walaupun sudah matang?

Tingkahlaku ini kelihatan seperti pelik bagi kita, namun ia memberikan beberapa peranan. Asasnya, kucing atau anak kucing akan menghisap sebagai tanda mereka sedang tertekan, tingkahlaku kompulsif atau sebagai cara untuk mengekspresikan kepuasan mereka. Apabila kucing sedang menghisap, mata mereka selalunya tutup dan berpurring dengan kuat– tidak kira usia.

Anda anda kucing dewasa yang masih menghisap? Ini sebabnya…

Manakala anak kucing mempunyai kemahuan yang kuat untuk menghisap, ia masih naluri semulajadi yang semua kucing ada. Namun jelasnya bagi sesetengah kucing, kemahuan ini agak kuat berbanding kucing lain. Selimut, tuala, mainan lembut yang mereka pilih untuk hisap? Ia hanyalah sebagai tanda ingatan ketika mereka masih kecil dan menyusu ibu mereka. Macam manusia la ada je yang dah besar panjang pun masih hisap jari….

Kucing dewasa akan menghisap kerana menunjukkan tingkahlaku ini boleh memberikan mereka keselesaan. Namun seperti yang dijelaskan sebelum ini ada juga anak kucing dan kucing dewasa akan menghisap untuk melegakan tekanan mereka..
Chuols ada ke kucing yang hisap selimut, tuala atau benda-benda lembut ni tak pun menyusu maknye lagi walaupun dah besar panjang? Ce kongsikan di ruangan komen

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment