Adakah Diet Makanan Mentah Bagus Untuk Kucing?

Diet makanan mentah seperti ikan mentah, ayam mentah atau organ organ dalaman yang tidak dimasak adakah bagus untuk kucing?

Pening juga memikirkan makanan apa yang bagus untuk kucing kita kan? Yelah makanan yang bagus menjamin kesihatan yang baik buat kucing kita. Sudah tentu kita mahukan kucing kita sentiasa dalam keadaan kesihatan yang bagus.

Kredit Gambar: Web Md

Apakah itu diet makanan mentah?

Memberi makan kucing anda dengan diet mentah adalah memberi kucing anda daging yang tidak dimasak dan juga organ beserta tulang. jenis makanan ini kadang kala dipanggil diet BARF – Bone and raw food (Tulang dan makanan mentah) atau secara biologinya makanan mentah yang bersesuaian dengan kucing. Diet mentah yang ideal disediakan berdasarkan resipi yang dicipta dengan penuh berhati-hati. Kebanyakan pemilik kucing memilih untuk menyediakan diet ini secara sendiri namun diet ini dalam bentuk komersial pun boleh didapati. Jika anda memilih untuk memberi kucing anda diet mentah, ia seharusnya dikesan sebagai diet yang seimbang dan mencukupi untuk membekalkan kucing anda nutrien yang diperlukan. Diet ini juga seharusnya di luluskan oleh veterinar dan juga pakar nutrisi kucing.

Mengapakah kita perlu mempertimbangkan diet mentah?

Kucing merupakan haiwan karnivor yang semestinya wajib mengambil sumber daging untuk hidup. Kucing tidak perlukan sangat sayuran dan karbohidrat di dalam diet mereka. Lagipun, kucing hanya boleh menerima karbohidrat dalam jumlah yang sedikit sahaja. Sebaliknya kucing lebih memerlukan kandungan protein yang tinggi, kandungan cecair yang tinggi yang hanya didapati dalam daging. Ini termasuklah asid amino seperti taurine, asid lemak dan vitamin dan mineral penting yang lain.

Pemilik kucing yang memberi kucing mereka makanan mentah kerana mereka mempercayai bahawa jika daging dimasak, segala nutrisi dalam daging akan berkurangan. Mereka juga beranggapan bahawa makanan mentah ini secara fitrahnya lebih sesuai secara biologinya kerana kucing secara semulajadinya akan memakan makanan yang mentah jika berada di dunia liar.

Secara amnya, kucing liar akan memburu dan memakan tikus dan haiwan mamalia kecil yang lain dan juga burung, ikan, serangga malahan juga reptilia. Jika ingin memberikan kucing anda diet mentah, ideanya adalah dengan menyediakan diet yang serupa.

Terdapat banyak kontroversi dalam pemberian diet mentah untuk kucing. Kepada yang menyokong, mereka berpendapat bahawa diet mentah memberikan banyak kebaikan dalam kesihatan kucing seperti bulu lebih bersinar, gigi kekal bersih, obesiti dapat dicegah dan secara keseluruhannya kesihatan kucing lebih bagus. Sedangkan kenyataan ini cendurung dalam kebenarannya, pihak pembangkang mempunyai kebimbangan yang sah dalam keselamatan dalam diet makanan mentah.

Adakah diet mentah selamat?

Adalah penting untuk mengetahui bahawasanya pemberian diet mentah kepada kucing anda datang dengan risikonya yang tersendiri. Makanan mentah mungkin mempunyai patogen seperti Salmonella dan E.Coli yang membawa kepada jangkitan serius yang boleh mengancam ny4wa. Memasak dapat menghapuskan patogen ini sebab ini lah kita sebagai manusia memakan makanan yang dimasak. Ikan mentah pula terdapat enzim yang menghapuskan thiamine. Seperti yang kita ketahui vitamin B jenis inilah yang sememangnya nutrisi penting untuk perkembangan kucing.

Kucing selalunya menghadam makanan lebih baik dari manusia kerana kucing mempunyai saluran pencernaan yang lebih pendek dan lebih berasid. Terdapat banyak patogen yang melalui saluran pencernaan kucing tanpa menyebabkan apa apa isu. Namun, tidak semua kucing boleh toleransi dengan makanan mentah.

Mungkin risiko yang paling hebat dalam pemberian dan pengendalian makanan mentah menjurus dari pencemaran yang bersilang. Memberi makan kucing anda dengan diet mentah boleh mendedahkan anda dan individu lain yang berada di dalam rumah akan patogen yang bahaya. Patogen ini boleh kekal di dalam permukaan penyediaan makanan, pinggan mangkuk, najis kucing dan juga pada kucing anda lebih lebih lagi pada kawasan muka kucing.

Pemberiaan diet mentah ditidak seharusnya diberikan kepada kucing yang tinggal bersama individu yang lemah imunisasi. Ini juga perlu dielakkan apabila mempunyai rumah yang ada anak kecil dan orang tua.

Sementara itu agak sukar untuk menghapuskan kesemua risiko yang ada, terdapat cara yang lebih selamat dalam pengendalian makanan mentah kepada kucing anda:

  • Sediakan makanan dalam kawasan rumah yang terkawal. Bersihkan dan sanitasi dengan teliti setelah selesai. Gunakan campuran air dan peluntur dengan 1 bahagian peluntur dan 32 bahagian air.
  • Gunakan sarung tangan apabila mengendalian daging mentah.
  • Jika boleh kendalikan makanan mentah semasa beku
  • Gunakan daging dari sumber yang dipercayai selamat dan bersih
  • Berikan kucing anda makan di kawasan yang mudah untuk dicuci. Tiada karpet mahupun upholsteri.
  • Sanitasikan mangkuk makanan setelah kucing anda selesai makan.

Tulang pula merupakan kebimbangan keselamatan yang mungkin ada dalam pemberian diet mentah. Tulang kecil dan halus atau serpihan tulang boleh menyebabkan komplikasi seperti luka usus, luka mulut dan juga saluran pernafasan. Jika tulang dimasukkan dalam diet mentah kucing anda, sila pastikan tulang tersebut dihancurkan dengan halus.

Diet mentah yang lengkap dan seimbang

Salah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pemilik kucing yang memilih diet mentah adalah mereka tidak memastikan diet tersebut cukup lengkap dan seimbang. Ada setengah individu memberikan terus kesemua daging dan tulang atau pelbagai jenis daging tanpa memberikan perhatian dalam kandungan kalori, lemak, protein dan kandungan nutrien. Jangan anggap kucing anda akan mendapat kesemua nutrien yang mencukupi untuk kesihatan yang bagus dengan mudah memberikan daging secara melulu. Lama kelamaan, diet yang tidak mencukupi nutrien boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius kepada kucing anda.

Sila berbincang dengan veterinar dulu mengenai resipi yang memberikan nutrisi yang cukup dan seimbang untuk kucing anda. Terdapat ramai veterinar yang tidak akan mencadangkan pemberian makanan mentah kerana risiko yang akan terjadi. Jika anda ingin juga memberikan diet mentah kepada kucing anda, boleh rujuk veterinar yang berpengalaman dalam diet mentah. Adalah Lebih baik jika mendapat nasihat dari pakar nutrisi haiwan.

Bahan bahan yang selalu digunakan dalam diet mentah termasuklah:

  • Daging mentah dan organ
  • Tulang mentah yang dihancurkan
  • Telur mentah
  • Makanan tambahan (Diperlukan)

Anda juga perlukan peralatan dalam menyediakan diet mentah:

  • Lapik pemotong yang besar
  • Penghancur daging
  • Pisau pemotong daging
  • Mangkuk kaca ataupun keluli tahan karat (stainless steels)
  • Bekas simpan (ramai menggunakan ice tray atau bekas kecil yang selamat digunakan apabila dibekukan)
  • Semestinya ruang beku dalam peti ais

Penyediaan diet mentah di rumah lebih menggunakan masa yang banyak jadi kebanyakan pemilik kucing lebih memilih untuk membuat bekalan diet mentah yang tahan untuk seminggu dan simpan beku sahaja.

Jika anda tidak berkemampuan dari segi masa untuk menyediakan resipi dan menyediakan diet mentah dirumah, anda oleh cuba diet mentah komersial yang ada dipasaran. Penyokong diet mentah seringkali mempertimbangkan diet mentah komersial ini kurang berkhasiat dari diet disediakan sendiri dari rumah, namun ia lebih sihat berbanding pemberian kibble (makanan kering).

Diet mentah komersial selalunya dibekukan atau dikeringbekukan untuk mengurangkan patogen. Perlu diingatkan mengenai keselamatan dalam pengendalian diet mentah ini untuk mengelakkan pencemaran bersilang. Sila bertanya kepada veterinar atau nutrisi veterinar dalam mencari diet komersial yang bersesuaian.

Jika anda ingin mengelakkan risiko yang berkaitan dengan makanan mentah namun ingin memberikan kucing anda diet yang optimum, anda boleh mempertimbangkan makanan kucing yang dimasak di rumah. Anda perlu mencari resipi yang cukup dengan nutrien yang seimbang atau anda boleh sahaja memilih makanan basah yang tinggi dengan kandungan protein yang dibuat dari bahan yang berkualiti. Perlu diingatkan bahawa makanan kering atau kibbles mempunyai banyak karbohidrat untuk kucing namun ada juga terdapat makanan basah yang disediakan dengan karbohidrat yang sedikit ataupun tiada karbohidrat langsung.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment