Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Membela Kucing? Ini Caranya Untuk Tahu

Kucing adalah haiwan yang comel, gebu dan lucu. Siapa yang tak nak bela kan?!

Tapi membela kucing datang dengan tanggungjawab yang besar, belum lagi komitmen yang datang dengan persetujuan untuk menjaga kucing sepanjang ia hidup. Adakah anda sudah bersedia untuk membela kucing?

Berikut merupakan 6 tanda-tanda yang anda sudah bersedia.

1. Anda mempunyai situasi kehidupan yang stabil

Kucing adalah haiwan yang mengikuti rutin dan sangat teritorial, jadi mereka lebih baik hidup di dalam situasi kehidupan yang stabil. Ini tidak bermakna yang anda tak boleh pindah rumah langsung. Ini bermakna kucing anda boleh hidup selesa dalam tempoh yang lama dalam persekitaran yang ia kenali.

2. Anda mempunyai pendapatan yang boleh diharap

Bela kucing ni sebenarnya memakan kos yang banyak dari apa yang orang anggap. Bukan hanya bekalan makanan dan pasir yang perli difikirkan. Anda juga perlu memikirkan hal-hal kesihatan dan perubatan sekiranya kucing anda jatuh sakit.

BACA JUGA: Kos sebenar dalam pemilikan kucing

3. Anda mempunyai masa untuk bermain dan memberikan perhatian

Kucing adalah haiwan yang semulajadinya aktif dan akan gembira dan sihat apabila menerima kasih sayang, perhatian dan masa bermain yang banyak. Kalau anda seorang yang tersangat sibuk mungkin lupakan dulu idea untuk membela kucing buat sementara waktu.

BACA KUCING: Kenapa kucing perlu masa bermain?

4. Anda tidak perlu keluar outstation dengan kerap

Walaupun kucing dikatakan suka menyendiri, ramai pemilik kucing yang beranggapan yang kucing mereka akan ok sahaja apabila ditinggalkan beberapa hari. Walaupun ianya benar kucing tidak perlukan perhatian yang banyak, kucing juga perlukan perhatian yang kerap dan penjagaan untuk gembira. Kucing yang selalu berasa sunyi akan lebih cepat tertekan.

5. Anda boleh sediakan persekitaran penuh stimulasi di kediaman anda

Untuk memastikan kucing sentiasa sihat dan gembira, kucing perlukan stimulasi. Lebih-lebih lagi kucing yang dibela secara indoor sepenuhnya. Ini bermakna anda perlu mampu menyediakan kediaman anda menjadi sesuatu persekitaran yang menarik perhatian kucing anda untuk bermain, mengejar, memerhati, menggaru dan menghidu. Kucing yang kebosanan juga boleh stress dan kemurungan.

6. Anda seorang yang penyabar

Ini merupakan satu kewajipan kalau nak bela kucing. Lebih-lebih lagi kucing anda mengalami episod masalah tingkahlaku. Mengambil masa yang banyak dan kerja yang banyak untuk menyelesaikan masalah tingkahlaku kucing dan ianya menjadi tanggungjawab anda untuk menyelesaikannya.

Rasa-rasa anda dah boleh tick semua keenam-enam tanda ni? Boleh pergi ke pusat perlindungan kucing berhampiran untuk membawa pulang kucing dan berikan ia kasih sayang yang ia dambakan. Adopt dont shop ok!

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment