Ada Perbezaan Personaliti Ke Antara Kucing Betina Dan Kucing Jantan?

Apabila memelihara kucing adakah jantina mempengaruhi pemilihan kucing kita?

Ada yang kata kucing jantan lebih penyayang dari kucing betina. Ada juga yang kata kucing betina lebih garang dari kucing jantan. Artikel kali ini kita akan menyingkap perbezaan personaliti antara kucing betina dan kucing jantan.

Mem4ndulkan kucing betina menjadikan ia lebih penyayang?

Kucing betina boleh matang seawal usia 6 bulan. Tambahan lagi selalunya pada bulan januari atau februari merupakan permulaan kitaran musim mengawan kucing dan akan berakhir selalunya pada hujung disember.

Kucing betina mampu untuk melahirkan 2 ke tiga ekor kucing setiap tahun dan akan sentiasa melahirkan anak sehingga berumur 8 ke 9 tahun. Jadi kucing betina ni seumur hidupnya memang berkaitan dengan kelahiran dan anak kucing sahajalah jika tidak dim4ndulkan. Patutlah dewi Bastet (dewi Mesir kuno) yang mempunyai kepala kucing dikaitkan dengan kesuburan dan kelahiran.

In fact, kadang kala ada juga kucing betina menjadi sangat penyayang terhadap pemiliknya. Chrissie Klinger, yang menulis untuk Hill’s Pet Nutrition, menjelaskan hal ini,

“Perbezaan tingkahlaku kucing jantan dan betina merupakan perkara yang sangat jelas dalam haiwan peliharaan walaupun tidak dikembirikan sejak perbezaan tingkahlaku ini selalunya dikaitkan kepada nafsu seks kucing tersebut.”

Kaji selidik: Kucing jantan lebih penyayang

Terdapat kaji selidik oleh veterinar sebenarnya menjurus kepada kucing jantan lebih penyayang dari kucing betina.

“Kucing jantan lebih peramah berbanding kucing betina,” kata Susan Saffron penulis buku dan pengasas National Association of Pet Rescue Professionals.

Walaupun personaliti kucing ni adalah satu perkara yang berubah ubah, kebanyakan kucing jantan suka berdamping dan duduk di riba berbanding dengan kucing betina yang lebih bersikap berhati hati dan mengambil masa yang lama untuk mempercayai manusia.

Tapi…. tidak ada perbezaan sangat pun sebenarnya

Bagi seseorang yang berpengalaman membela kucing pelbagai jantina, sebenarnya ada saja kucing betina yang sangat penyayang dan juga kucing jantan yang lebih bersifat berhati hati.

Tiada jawapan yang umum terhadap persoalan antara kucing jantan atau betina yang mana merupakan kucing yang terbaik ataupun sebaliknya. Setiap ekor kucing adalah unik. Tidak kisah lah jika kucing anda penyayang, setia, agresif, suka mengawal, lincah atau pemalu terimalah dengan berlapang dada bahawa setiap personaliti kucing berbeza antara satu sama lain. Tidak kira lah kucing tersebut jantan mahupun betina.

Sosialisasi pada awal usia merupakan faktor yang penting dalam perkembangan personaliti berbanding faktor jantina kucing.

p/s: Kalau tengok pada kucing MM, kucing jantan memang manja dan suka berdamping berbanding kucing betina yang memang garang.

BACA JUGA:

Personaliti kucing mengikut warna bulu

Personaliti kucing mengikut zodiak

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment