Ada Individu Di Melaka Campurkan Makanan Kucing Dengan Ubat-Ubatan Untuk Meracun Kucing

Seorang netizen berkongsikan satu post yang mengejutkan di Facebook, menunjukkan betapa kejamnya manusia terhadap haiwan jalanan.

AF mengatakan yang dia mempunyai seorang rakan berbangsa Cina yang tinggal di Ujong Pasir, Melaka, yang memberi makan kucing jalanan di kejiranan tersebut.


Walaupun tahu yang kucing jalanan sememangnya akan membuang najis di merata tempat, kawan AF ni sanggup upah orang untuk membersihkan nakis kucing jalanan hampir setiap hari.

Ini bermakna kawan AF ni tahu yang selain dari memberi makan kucing jalanan, dia juga bertanggungjawab menjaga kebersihan. Walaubagaimanapun semua perkara tak selalunya baik bagi mereka

Sebelum kejadian ini mereka perasan yang bekas makanan yang ditinggalkan untuk kucing jalanan sering ditendang ke dalam longkang. Sehinggalah mereka menemui segenggam ubat-ubatan diletakkan di dalam bekas makanan, bertujuan untuk meracun kucing-kucing jalanan.

Pil-pil ini dicampurkan dengan makanan kering dan tak pastilah sama ada kucing-kucing ini termakan secara tidak sengaja atau tidak.

AF mengatakan yang kawannya itu sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai hal ini. Walaubagaimanapun mereka masih tidak menemui pelaku yang tidak berperikemanusiaan ini.

Kawannya juga memberitahu di kawasan tersebut tidak mempunyai CCTV. Diharapkan pelaku ini dapat dikesan sebelum banyak lagi kucing jalanan menjadi mangsa.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment